Friday, April 30, 2010

Atas, tengah, Bawah.

ENTRI 100430

Salam,
Seminggu sudah selepas semester 3 bermula. Aku ambil subjek workshop dengan dynamics. Alhamdulillah aku memang awal-awal sudah dapat subjek jadi aku tidak terlibat dengan proses add drop manual. Kesian melihat rakan-rakan yang penat ke hulu ke hilir mengejar lecturer dan sebagainya semata-mata untuk add subjek. Ada yang berjaya, Alhamdulillah. Ada juga yang give up dan pulang dengan tangan kosong. " dop dpt se pon gane nak amik sotsem"." Kelik r, ngaji tokse gini".

Selepas 2 semester berlalu, aku dah tak taruh harapan yang tinggi untuk score tinggi2. Aku sedar kemampuan aku bagaimana. Aku hanyalah manusia biasa tetapi satu je yang akan aku sematkan dalam hati aku, selepas ni setiap apa yang aku buat, aku akan buat bersungguh-sungguh. Tiada lagi main2. Macam mana result yang akan keluar, aku berserah je. Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita, itu janji Allah.

Aku sebenarnya seorang murid yang cemerlang dari tadika hingga ke sekolah rendah. Pujian sudah menjadi lumrah. Menginjak ke alam sekolah menengah, walaupun bukanlah yang terbaik tetapi masih di antara yang top hinggalah aku berjaya menamatkan SPM dengan keputusan yang cemerlang.

Masuk je ke pusat asasi, di situ segalanya bermula. Ujian demi ujian ditempuhi dan ditangani. Mulanya tewas dan kemudian aku bangkit berkat pertolongan roommate ku yang sentiasa di sisi. Allah benar2 menguji aku. Tetapi sekarang aku dapat melihat sinarnya. Kerana ujian-ujian yang ditimpakan ke atas aku bukan hanya setakat pelajaran tetapi lebih lagi, aku mengenal Islam lebih mendalam. Aku mendekatkan diri kepadanya.

Alhamdulillah, benar-benar sinar pasti ada. Mentari menyinar selepas mendung. Sejak itu aku tak berpaling lagi. Ilmu yang ada disematkan menjadi pegangan. Aku antara insan2 yang terpilih untuk menghadapi ujian kerana Allah masih sayangkan aku. Allah mempunyai banyak cara bagaimana dia ingin menyedarkan hamba-hambaNya dan aku diuji dengan cara tersendiri.

Walaupun kecemerlangan aku dalam pelajaran tidak lagi seperti dulu, aku tidak gusar kerana Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai dalam hidup aku. Bagiku ianya ibarat hadiah yang tak ternilai. Cuma yang penting sekarang adalah bagaimana aku mempertahankan ilmu yang diberi.Kadang-kadang ia datang, kadang-kadang ia pergi kerana aku sendiri tidak istiqamah. Semoga selepas ini aku akan lebih istiqamah.

Orang kata mereka yang bermula dari bawah lebih teguh pendirian dan apabila mereka diatas, mereka akan lebih kuat menghadapi kerana mereka pernah berada di bawah dan mereka akan sentiasa beringat. Ada juga yang terleka, ianya tidak terkecuali.

Manakala orang yang sentiasa di atas, sekali mereka tersungkur, sukar untuk bermula semula tetapi tidak mustahil. Kerana mereka tidak pernah berada di bawah, semacam suatu kejutan. Hanya dengan hati yang teguh baru mereka berjaya.

Ada juga orang yang sentiasa di atas kerana mereka sentiasa sedar diri dan percaya semuanya kerana pertolongan Allah juga. Kesusahan mereka adalah untuk sentiasa mempertahankan atau maintain apa yang ada.

Mana satukah kita? Muhasabah diri dan letakkan tanda aras untuk kita sentiasa memperbaiki diri. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Tetapi yang lebih baik adalah semoga saat yang berikut adalah lebih baik dari saat yang sebelumnya dan saat seterusnya lebih baik dari saat ini. Kerana maut itu boleh datang bila-bila masa. Hargailah masa ibarat ianya adalah saat terakhir kita hidup di muka bumi ini.

p/s: tahniah sebab dapat keputusan cemerlang~may Allah bless u always!

4 comments:

Rue Anemone said...

chayok umi !!

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [47:7]

kalau kita tlg agama Allah, Allah akan tlg kita.. ini janji Nya..

keep up de good work beb!

p/s: x jd keje.. nak focus belaja ^^

aNdi.Hanin::حنين said...

cabaran hidup yang paling susah ialah...istiqamah T_T

-Umi- said...

Rue, lorh..xjd keje ke? Hehe...

-Umi- said...

hanin, betul tuh, sbb iman kita naik dan turun..tp yg penting kita berusaha...=)