Salam, entah nape tergerak pulak hati untuk post new entri padahal electronic tak abih study lagi, huhu...Kadang-kadang kita akan kata " Hebatnya orang tuh.", " Biasalah dia genius", " Nak wat camne , dia memang tiap-tiap sem dean list kot" dan sebagainya. Memang, alhamdulillah..kita patut bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan mereka anugerah yang demikian. Tapi kita lupa siapa sebenarnya yang memberikan mereka kelebihan tersebut. Sudah tentulah Allah SWT. Jika dengan mereka kita sudah kagum, tidakkah kita kagum dengan kehebatan dan kebesaran ilmu yang dimiliki oleh pemberi segala nikmat dan anugerah itu? Padahal ilmu yang dimilik oleh manusia adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan Allah. [" Kamu diberi ilmu sedikit sahaja" 17: 85]
Kita juga selalu mudah jatuh cinta dengan individu-individu yang berkenaan tanpa disedari sebenarnya perasaan itu sebenarnya bukanlah cinta. Jika benar pun cinta, ianya tidak bersifat kekal. Hanya cinta kepada Allah yang sebenarn-benar kekal. Kita sering kali dengar bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Benar, jadi mengapa kita terus menerus mengharap pada yang tidak sudi sedangkan sudah tersedia yang sentiasa bersedia menerima kita dan menyayangi kita secara kekal. Ya, Allah sentiasa menyayangi kita. Walau macam mana sekali pun, Allah tidak pernah putus untuk menyayangi kita dan sentiasa berada di sisi kita kerana Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang beriman kepadaNya. Jadi mengapa kita ingin mengadu pada yang tak sudi mendengar, meminta pada yang tak sudi memberi dan mengharap pada yang tak sudi menerima, sedangkan Allah sentiasa bersedia untuk apa-apa jua. Cuma kita yang tak pernah sedar kerana cinta itu buta dan telah membutakan mata hati kita.
Seringkali kita mendengar " Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Ianya bukanlah setakat ungkapan kosong semata-mata tetapi telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran. Oleh itu jika kita mengharapkan pasangan yang soleh atau solehah, kita sendirilah yang harus berusaha untuk memperbaiki diri kita kerana semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kerana dengan memperbaiki diri dan berusaha ke arah kebaikan, Insyallah calon yang sepadan dengan kita akan beransur-ansur dekat dengan kita kerana janji Allah. Usah bimbang dan gusar kerana setiap kita diciptakan berpasang-pasangan, jika tidak didunia ini , di akhirat jua akan ketemu, Insyallah. Percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dan redha atas segala yang dilalui.
Di dunia ini tidak ada manusia yang buruk atau hodoh rupa parasnya. Yang ada adalah perbezaan tafsiran kecantikan. Bak kata ungkapan " Beauty is in the eye of the beholder". Individu yang cantik di mata si polan tidak semestinya cantik juga di mata si polan yang lain dan begitulah seterusnya. Lagi pulak seharusnya kita bersyukur atas setiap apa yang diciptakan oleh Allah kepada kita kerana jika kita kekurangan sesuatu, percayalah ianya pasti ada hikmah dan kadang-kadang kekurangan orang lain adalah kelebihan kita dan sebaliknya. Rahsia penciptaan Allah sebenarnya sangat unik dan kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Cinta pada Allah. Satu ungkapan yang mudah untuk diungkapkan, senang didengar dan dibaca. Tetapi adakah kita benar-benar faham maksud sebenar ungkapan tersebut dan memahami cara-cara untuk melaksanakannya? Senang untuk dibicarakan tetapi susah untuk diselami. Kenapa agaknya? Semuanya bermula dari hati. Kerana dari hati turun ke anggota badan. Jika hati kita kotor, hitam, susah untuk benda-benda baik menebak hati kita. Sebaliknya jika hati kita bersih, mudah untuk kita mendekatkan diri dengan kebaikan dan ilmu juga mudah untuk diterima. Setitik noda hitam dalam hati kita jika terkumpul akan menjadi daki yang sangat sukar untuk ditanggalkan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memuhasabah diri kerana seringkali kita alpa dan lupa akan kesilapan dan kesalahan yang mungkin nampak kecil tetapi memberikan impak yang besar di masa kelak.
Dalam memuhasabah diri, pentingnya istiqamah kerana tanpanya, sia-sia sahaja. Kekuatan diri, keteguhan hati dan kecintaan kepada Ilahi antara element yang membantu dalam memperkuatkan istiqamah. Semoga segala yang kita ingin lakukan niat kerana Allah SWT diberkati dan diredhaiNya serta dipermudahkan jalannya.
Aku sebenarnya sangat bimbangkan Calculus 2 dan Electronic. Dua subjek yang agak tough bagi aku. Kadan-kadang benarlah apa yang kita capai melalui usaha kita sendiri lebih memuaskan hati. Aku belajar bahawa keberkatan dan keredhaan Allah lebih membawa makna dalam erti aku menuntut ilmu. Malah ia sebenarnya muhasabah rohaniah juga sebenarnya. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku sedar lebih awal sebelum terlambat. Keikhlasan menuntut ilmu juga sebenarnya memberikan pengaruh dalam mudah atau sukarnya menerima ilmu yang dipelajari. Hati yang kurang pengaruh hedonisme juga sebenarnya lebih mudah menerima ilmu yang diajari. Tetapi apa boleh buat, biarlah lambat sedar dari langsung tidak sedar.
Semoga Allah memberkati segala ilmu yang aku pelajari walaupun banyak yang mungkin bukan diperolehi dengan hati yang bersungguh-sungguh. " Human learn form their mistake" . Jadi biarlah ianya menjadi pengajaran yang berguna dalam hidup aku. " It doesn't matter how many time i fall down, what matter is how many times i can get up". Never give up. "Perjalanan seorang mukmin tidak akan terhenti sehinggalah kakinya menginjak ke syurga..."
0 comments:
Post a Comment