Sunday, November 29, 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah

0 comments
ENTRY 091129

Salam, alhamdulillah rasanya semuanya masih lagi dalam mood raya tidak kira di rumah atau kampung halaman masing-masing. Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua berada. Dalam entri yang terdahulu aku ada sebut untuk menulis post tentang kelebihan bulan zulhijjah. Keratan entri ni aku ambil dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah, credits kepadanya. Klik pautan untuk ke blog ustaz tersebut untuk membaca edisi penuh entri tersebut.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila
kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sumber: Injalanku

Pautan lain:
Sejarah dan kelebihan Bulan Zulhijjah
Doa di Bulan Zulhijjah

Thursday, November 19, 2009

Santai cuti

0 comments

ENTRY 09119

Salam, semalam aku antar laptop format. Bukan aku tak boleh buat sendiri tapi sebab dia ada masalah hardware sekali jadi aku malas nak kacau. Uncle tuh pulak kata " Tak apa tak apa, ni kasi format bole baik punya". Aku pun cam, ok let the pro handle it.

Handphone china mali yang aku guna untuk nombor celcom aku rupanya dah rosak abis, aku guna ganas sangat, adeh..made in china ni kalo rosak susah nak cari spare part. So, nak tak nak aku kena beli je la charger separated. Aku tak tau mende alah apa diorang panggil tapi alat tuh kalo nak charge handphone kena bukak handphone, kuarkan bateri pastuh masuk dalam tuh charge.

Aku sebenarnya bukan nyer apa sebab handphone tuh boleh tengok tv, tuh yang aku sayang lagi tuh, kalo tak aku dah cari handphone lain. Tapi disebabkan aku pun tengah kopak ni, aku pinjam handphone abang aku dulu. Tapi adeh speaker handphone motorola tuh rosak lak, kalo nak cakap dengan orang kena buat loud speaker, apa jadahnya! Takpe la, pinjam dulu...takde handphone spare lain dah~

Lebih kurang dalam 2 minggu lagi result exam akan kuar, cuak gak, harap-harap yang terbaik la. Pmpn besenya nak commu, biotech, material. Lelaki mecha, auto. Manu dan aerospace seimbang. CIE tak ramai sebab mostly diorg tak nak programming. Aku pun kalo ikutkan tak la hebat sangat tapi yang penting aku sanggup belajar course tuh. Yang lain tawakkal je la. Mecha aku minat gak cuma sebab requirement dia nak cpga tinggi, aku tak berapa confident. Umm..tengok la macam mana nanti lepas istikharah.

Aku besenya dalam kelas mode'study', dan waktu cuti mode'sengal' . Bagi aku normal lah tuh...perempuan ni lain dengan laki. Kalo laki main-main pun boleh score. Pmpn kalo main-main alamatnya lingkup la..Sebabnya perempuan dan lelaki ada kelebihan masing-masing. Perempuan kemampuan dia kurang tapi rajin. Lelaki kalo dia betul-betul fokus memang besh la, tapi cuma malas sikit. Apape pun sumanya anugerah Tuhan.Bersyukur lah..

Aku ada terfikir adakah lebih baik mengambil pinjaman daripada biasiswa? Memang biasiswa ni korang dapat terus tak perlu bayar tapi biasanya lepas belajar akan terikat. Pinjaman pulak kena bayar lepas belajar. Aku ni jenis yang tak suka di ikat jadi adakah lebih sesuai mengambil pinjaman? Aku nak cuba Yayasan Pahang nanti.

Saturday, November 7, 2009

Grateful to be human!

0 comments

(NOTE: THIS ENTRY IS A BIT LONGER THAN USUAL , JUST TO TELL U!!)

ENTRY 091107

Salam, huhu...two more exams to go...insyallah i’ll do my best. So far the question was ok, i’ve tried my best and the rest will be decided by Allah. In just few more days, my first semester in Gombak will be over. Well ,for the first semester we’ll always finish early but by the time we’re in senior year, i knew it’ll never be the same again.

So far many things had happened in my life. Allah had showed me the colour of life, the people, their behaviour, the like and dislike, background and personality. It’s kind of funny when i tried to flash back the moment i spent here. I met different kind of people with each and everyone differ in personality.

It’s funny how someone always talked about someone else whether it’s about good or bad thing but never think about themselves. Actually they are not good either, so in my opinion, why talk about others when u don’t really know them and the most important thing is take a look at yourself first before you talk about others. Because we’re human, we’re prone to mistakes so we’re not perfect. We shouldn’t talk bad about others. It’s not a good attitude.

Another thing i notice here is that actually, there’s no perfect human being in this world. Before, i always had this mentality ” He/she is good, she’s must be good in other subject also, it’s great, she’s must be really lucky” . But then i realized, actually she/he’s not that great, it’s not that he/she score in every subject (there’s some but few)...so why should i feel low self-esteem? The truth is Allah gives everyone chance, it’s just whether we noticed and take the opportunity or not. Why should we feel envious since Allah the Great one is giving everyone the same chance, we should be happy for the success of others and take their success as an inspiration for us to move forward and be better person.

As what my roommate, Kak Salwa said ” It’s good if we’re always on the top from the beginning but and it’s not that bad if we’re starting from below and strive hard to get to the top because we had feel the difficulties and we knew how it feel to be at the bottom so that if we ever failed, we’ll not felt so depressed because we have once be at that level so we knew how to overcome it”.

Human are very interesting, although Allah created us in the same form and same set up , we differ in personality. I love to know new people since i can experience new attitude, culture and way of thinking. Lately i don’t really make new friends since i’m busy with study but i promise to be better.

In achieving success, there’s so many things to be accounted in. I’m aiming for good cgpa but i hope i can be a well rounded person where i ‘m not only success in academic but also in social life, personality, family, friends and the most important is the al-akhirah knowledge. Only then i can called myself half success because another half of my success in decided in the Yaumul al-Din, the Day of Judgement.

To recall muslim had two basic world, the Al-Dunya and al-akhirah, the end of Al-Dunya is not the ultimate ending of our life but actually the new start of Al-Akhirah. Only in there is our ultimate and long lasting life. Everything that is been done in this world is actually the preparation for the next world so that we know there’s purpose of life and to decided the divine justice.

Some people said i’m too matured at my age, hehe...i don’t know it’s just that i’m being myself, nothing else. Well maybe i like to think. There’s always something that’s playing in my mind. Because i know there’s always something more in life. My knowledge is limited, i need to gain as many as possible before my life end because life is so short, i don’t want to waste it . It’s ok to play and relax with friends but there’s always a limitation. Even in islam we are told to organize our time wisely and wasatiyyah is the best practice. Wasatiyyah is the Arabic term for moderation.

It’s like a long journey where i’ll take some time to recharge myself and then continue my journey until the day of Resurrection where the muslim people will be assembled and stand for the Hisab and the next destination will be decided. Before that time come, i need to make a preparation and this life is my test, it’s where i’m going to learn so many things and experience lots of things.

Also sometimes u just have to discipline yourself , YOU YOURSELF have to do it, others can’t. Because i always hold to this stand’ If i want something, i was the one who must worked hard for it, never waited for others to give it to you because i want it, i must worked hard for it. To achieve something you must pay, and the price is EFFORT. 90% of success comes from effort only 10% is luck. So start correcting your behaviour now and the most basic thing is solat, Insyallah when you can keep your solat on time, other things will followed..

Also as a muslim, we are not being created blindly. There’s 3 main purpose, which is to worship Allah SWT, to represent Allah as His khalifah and we had the amanah to carry on. (Quranic verse: 57:56, 6:105,83:72.) Therefore, we need to expand our wisdom and mindset that there’s actually more to do in our life and more to learn. Never limit yourself to certain matter only.

Since i’m left with just two more paper , it’s better to stop my writing here at the moment. Just for some reminder, human being is being honoured and been raised far above most other creature, don’t you feel grateful?

“We have honoured the sons of Adam, provided them with transport on land and sea, given them for sustenance things good and pure, and conferred on them special favours, above a great part of our creation.” (Quran 17:70)