Salam,
Semalam telah diadakan kenduri arwah embahku yang baru sahaja menghadap Ilahi 13 Jan 2010 yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Hanya doa dapat kukirimkan. Seronok berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Meriah rumah wan tadi.
Bertolak selepas asar dan majlis bermula selepas Maghrib. Kelakar dengan perangai sepupu-sepupu lelaki ku. Berani diorg mainkan aku eh...hehe..raya nanti jumpa lagi siaplah diorg. Yang sorang tuh sakit mata, kesian, semoga cepatlah sembuh ye.
Pulang dalam pukul 11 malam. Sibuk mengemas barang untuk pulang ke gombak pula. Banyak betul barang.Terima kasih la pada nan dan akem yang sudi update aku dengan match Man U VS Spurs. Menang 3-1. Cam tak caya jer. Aku nak tengok tapi yang delay punya pun dah xdapat sebab hari ni dah nak balik gombak. Takpe la aku tengok kat youtube je la. Nanti nak tgk Arsenal vs MCity lak. Dan paling besh Chelsea vs Liverpool mggu depan.
Dalam kereta tadi mula-mula ok. Tiba-tiba pulak ada orang dedikasikan lagu Pergi Tak Kembali untuk arwah ibunya kat radio. Macam kebetulan sangat. Walaupun aku tak pandang tapi aku rasa ayah aku tengah berlinangan air mata. Aku buat-buat pandang tepi.
Entah la, sedih aku mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan sedih ayah aku. Dan tiada seorang anak pun yang takkan sedih tgk ayahnya bersedih. Ayah aku sangat penyabar. Aku respect gler la. Insyaallah, Allah takkan mensia-siakan hambanya yang bersabar. Mungkin bukan sekarang, akan datang mungkin Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik.
Insyaallah.
Aku mungkin tiada masa embahku meninggal tapi aku bersyukur kerana di saat dan ketika arwah meninggal, aku di dalam majlis ilmu ( halaqah). 13 Jan 2010 aku akan ingat sampai bila-bila.
Saya mungkin tak dapat nak tengok embah untuk kali terakhir, tak dapat nak cium embah sebelum dikafankan dan asyik merungut dalam kelas OOP dan ponteng kelas CALCULUS dan BM hari esoknya sebab saya sedih tak dapat balik. Walaupun embah suka bagi saya duit raya seringgit waktu kecil-kecil dulu dan embah cakap jawa pekat saya tak faham masa kecil dulu tapi saya nak embah tau SAYA SAYANG SANGAT EMBAH ! SAYA RINDU bahasa jawa embah dan saya akan ingat sampai bila-bila....
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
0 comments:
Post a Comment