Thursday, April 22, 2010

KEMULIAAN

ENTRI 100422

Salam,
Semua orang mendambakan seorang suami atau isteri yang soleh dan solehan. Tak kurang juga yang menginginkan anak-anak juga soleh dan solehah. Tapi dalam mencapai apa yang diimpikan apakah usaha kita? Sejahat-jahat manusia sekalipun , dia akan mencari bakal isteri/suami yang soleh dan solehah supaya dapat membimbing anak-anak ke jalan yang benar.

Perempuan yang seksi, yang boleh diangkut ke hulu ke hilir hanya lah hiasan semata-mata untuk ditayangkan kepada rakan-rakan. Tetapi bila mencari isteri, nak yang tudung labuh, menutup aurat, yang boleh mengaji dan sebagainya. Hipokritkah? Entah la...

Lelaki pula yang hensem-hensem dipuji, yang kurang hensem dikeji. Paras rupa dijadikan ukuran manakala akhlak dijadikan faktor kedua. Kalau solat pun jarang ditunaikan, macam mana nak diharapkan untuk membimbing keluarga kelak? Kalau ada bunyi-bunyi yang bising " Ala, ingat kalau xsolat tuh tak baik ke? Ala, xkan kena pakai kopiah baru baik?". Jawab aku " Entah la, korg nak cari suami kan, korang pikir la elok-elok suami macam mana korg nak cari. "

Pesan akak fasi aku, dari sekaranglah kita kena mula memperbaiki dan mempersiapkan diri kita. Janganlah nanti bila dah sampai seru , jawapan seperti " Alamak, aku tak sedia lagi la, camne?" menjadi alasan. Dari sekarang kita kena sentiasa berdoa supaya dikurniakan suami/isteri yang dapat membimbing anak-anak.

Anak-anak itu mengikut teladan ibu bapa. Kalau baik akhlak ibu bapanya, insyallah baik la akhlak anak-anaknya. Didikan agama yang diajarkan menjadi panduan anak-anak dalam melayari bahtera kehidupan. Kalau dah ibu bapa pun entah ke mana akhlaknya, anak-anak akan menjadi lebih teruk lagi.

Anak-anak menjadi ukuran bagaimana hasil didikan sesebuah keluarga. Seperti contoh lori pasir yang berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, maka sampahlah yang akan bertabur dan tersembur keluar. Memang benar, selain didikan keluarga, banyak lagi aspek lain yang harus dititik beratkan seperti rakan sebaya, pengajaran di sekolah dan sebagainya. Cuma yang ingin ditekankan adalah didikan awal bermula dari rumah.

Memang benar, kadang-kala berlaku juga, bapa seorang imam, ibu seorang ustazah, abang seorang bilal, tetapi diri sendiri menjadi seorang yang agak bermasalah. Ingatlah IMAN tidak dapat diwarisi. Sebaik mana latar belakang seseorang, diri sendiri yang harus dipertanggungjawab dalam memilih jalan kehidupan. Pilihlah yang seiring dengan syariat hidup.

Kadang kala dalam kehidupan kita,hidayah itu datang memberikan kita sinar kehidupan. Bermulalah satu titik tolak dalam perubahan kehidupan kita. Muhasabah diri menjadi pegangan hidup. Namun setiap perkara di dunia ini pasti akan diuji, kritikan dan komen seperti " Ala, apa la nak islamik sangat, biasa-biasa sudah". " Ni apa, stokin-stokin, tudung-tudung ni, rimas la". " Yang kau beria nak berserban ni apa hal? Bukan aku tak tau ko dulu."

Anggaplah ianya sebagai satu ujian. Memang, proses untuk menghadapinya sukar tetapi insyallah hasilnya adalah satu nikmat kurniaan Allah yang tak terhingga. Kadang-kadang kurniaan Allah datang tanpa diduga, begitu juga hidayah dan dugaanNya. Terima la ia sebagai fitrah kehidupan yang mesti dilalui oleh seorang hambaNya di dunia ini.

Aku bukanlah seorang yang terbaik untuk menegur orang malah aku juga sering ditegur. Mari lah kita sama-sama menegur dalam kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Biarlah sedikit tetapi berterusan.

Tak perlu latar belakang penuh dengan list sekolah-sekolah agama, tak perlu cakapnya sentiasa keluar ayat al-quran dan hadis, tak perlu pakaiannya sentiasa berjubah dan bertudung labuh, tak perlu kata-katanya berbunyi bahasa arab. Cukup jika diri ini mempunya kesedaran untuk memperbaiki diri. Tiada istilah rendah diri dalam mencari keredhaan Allah kerana Allah hanya memandang iman di kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ingatlah banyak ilmu agama, belum tentu beragama. Kata bijak pandai, barangkali kita dimuliakan hari ini bukan kerana banyaknya ilmu agama kita. Bukan juga kerana kebaikan yang kita lakukan. " MULIANYA KITA HARI INI DI MATA MANUSIA KERANA ALLAH MASIH SIMPAN AIB KITA".

1 comments:

Rue Anemone said...

rue likes this entry.

really like what u wrote.
especially 2nd last paragraph ^^

yes, Hidayah is in His Hand.

Semoga kita tidak riak dan angkuh dengan ilmu dan amal kita.