Thursday, July 8, 2010

Apa sahaja

0 comments



ENTRY 100708
Salam,
Kebelakangan ni entri post aku agak emosi sedikit, harap dimaafkan. Manusia punyai hati dan perasaan, kadang-kadang dapat ditahan kadang kala begini lah jadinya. Apa apa sekali pun zaman gelap sudah berlalu, sekarang masa untuk lebih serius.

Perancangan masa cuti tidak sampai separuh dapat dilaksanakan. Mungkin perlu pembaikan dan pembaharuan barangkali.Mungkin juga perlu pemberitahuan lebih awal lain kali. Pasal apa? Adalah...

Alhamdulillah result susah keluar. Agak sukar ditelan tetapi itulah hakikat. Selagi hidup selagi itu kita diuji. Lain kali cuba lagi. Usah ditangisi usah diratapi. Hakikat sebenar Allah lebih mengetahui.

Kadang kala duduk di kawasan perumahan yang majoritinya kaum cina agak membuatkan aku resah. Bukan apa, anjing mereka yang berkeliaran menggusarkan hati. Aku jarang keluar rumah tanpa urusan yang penting selain berjumpa rakan dan membeli barang keperluan jadi sebenarnya tidaklah menjadi satu persoalan.

Yang gelisah dan gundahnya bila petang-petang atau pagi-pagi sambil menunggang motosikal menghirup udara segar ( segarlah sgt~) selalu tertipu dengan anjing-anjing ini. Orang kata, jangan lari bila jumpa anjing. Aku selalu usha dulu dari jauh, kalau nampak line clear, selamba je lalu. Kadang kadang mereka buat tak nampak je, tapi yang buat aku bengang tu bila dah dekat baru diorang nak start kejar aku. Apa lagi pecut la.Nak kena gigit? Aish...

Pandai sungguh berlakon. Kalau dari jauh line dah tak clear, aku pusing siap-siap. Naseb la aku tak buat stunt kat situ, kalau tak saja je aku jatuh dalam kolam indah water tu. haha...

Tapi yang best duduk kat sini, aku selalu dapat tengok bunga api 'free'. Sebab rumah aku betul-betul berhadapan taman perumahan yang dihuni oleh 'tokey-tokey kaya' jadi kalau ada apa-apa majlis, mmg keluar je dekat pintu pagar rumah memang dapat tengok dengan jelas dan terang. Bunga api diorg bukan yang murah-murah atau 'cikai' tapi yang aku rasa dekat beribu juga la. Itu yang best, lagi-lagi Tahun baru cina. Memang meriah!

Buat masa sekarang belum ada keinginan menulis entri bersifat kerohanian. Entri seperti itu bukan bole ditulis main-main perlu betul-betul ada kerajinan dan keinginan. Mungkin lain kali.

Baru beberapa hari yang lepas aku selesai setup satu blog baru. Temanya 'share what you got'. Prioriti mungkin diberikan kepada iium tetapi ianya bebas dan tidak berkisarkan kepada satu perkara yang tertentu sahaja. Ini linknya, harap singgah sebentar.

Semeester baru menjengah kembali. Silibus cawan dunia dah nak abes. Kita masuk silibus mechatronics la pulak ye kawan-kawan. Selamat berjuang dan semoga sukses dalam majoring masing-masing.

"Never give up until the end coz you never know miracle might just happen. "

p/s: baru semalam tengok titanic, bukti keangkuhan manusia yang terlalu bongkak dengan ciptaannya sehingga diuji oleh Tuhan. Selain dari kisah cinta dan lagu tema yang best =)

Monday, July 5, 2010

Sometimes it bleed

0 comments
ENTRY 100705
Salam,
Alhamdulillah, sepanjang 2 minggu bercuti tidak banyak sakit yang teruk melanda diri. Hanya tinggal lagi seminggu sebelum bermulanya semester baru. Semoga cuti yang tinggal ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya. InsyaAllah.

Aku mempunyai kenangan. Rasanya semua orang ada. Pahit manis, masam masin dan bermacam-macam lagi. Yang pahit itu susah untuk dilupakan kerana sakitnya kesan peristiwa tersebut. Yang manis juga sukar dilupakan kerana manisnya sesuatu peristiwa membuatkan kita sentiasa teringatkannya.

Aku ada kisah yang sudah lama dilupakan tetapi kadang-kala ianya masih menimbulkan luka dan lara di hati.Kadangkala terasa ingin membalas dendam tetapi benarlah Allah sentiasa menghalangku. Setiap kali aku ingin melakukan sesuatu yang jahat pasti ada yang menghalang.

Mungkin juga hati ini belum cukup kering untuk melakukannya. Setiap kali ingin melakukan hati akan berubah menjadi lembut. Maaf mudah dilafazkan tetapi sukar dilaksanakan. Semoga hati ini diberikan kekuatan.

Cuma ayat-ayat ini ingin dituturkan di sini walaupun mungkin insan berkenaan tidak pernah tahu akan kewujudan blog ini.

" I can never do the same thing u did to me. Not to other people, not to anyone. It's not that i can't but it's because i don't want to. Hurting other people and playing around with them is not something right to do. Until today i still wondering how could u did that to me. It's been a long time since i already forgive u but the scar still here, deep in my heart...we were friends still it left me with deep impression. U just give me new definition of humanbeing, thanks to you.

You know i got a chance to do exactly the same thing that you did to me to someone else. But not even halfway, i give up because that person was such a good person. I was not heartless enough to destroy our friendship like you did. It's been already years and it doesn't matter me at all.But once in a while the scar just bleed again...."

Haha..jiwang ke? Takdelah...lebih kepada persahabatan sebenarnya. Apape pun semoga kita sentiasa hidup dalam kegembiraan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Api biarlah dibalas dengan air, jangan dengan api, nanti makin marak. Kejahatan biarlah dibalas dengan kebaikan kalau tidak permusuhan akan berpanjang tanpa noktah.

I just hope that you know what to answer when Allah asked you in the world hereafter.

Saturday, July 3, 2010

Cawan dan Piring Dunia

0 comments



ENTRY 100703
Salam,
Entri ini ditulis di saat Ghana sedang bermain melawan Uruguay di waktu tambahan. Aku sebenarnya ingin tidur tapi tidak dapat kerana baru sahaja minum kopi radix beberapa jam sebelum ini. Kesannya tidak seperti nescafe ( boikot ) tapi masih ada kesannya. Nampaknya tidak jadi la aku nak tidur awal lagi. Sudah terbiasa tidur lambat gara-gara menonton perlawanan cawan dunia. Tabiat yang kurang baik untuk kesihatan, moga dapat diubah sebelum semester baru bermula.InsyaAllah~

InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan membuat satu blog baru yang lebih kepada perkongsian ilmu pengetahuan yang lebih santai. Saja aku ingin mengasingkan dari blog aku yang sedia ada kerana blog yang sedia ada ini lebih bersifat personal. Apape pun tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana takut perancangan tidak menjadi.

Berbalik kepada isu cawan dunia, team favourite aku n0 1 sudah tewas. Nak buat macam mana, dah main pun tidak betul. Malas nak komen. Masih meneruskan perjuangan adalah team Argentina, dan Spain, harap-harap lepas la ke final. Tapi biasalah, bola itu bulat, dalam perlawanan mana-mana pun situasi yang tidak disangka-sangka boleh terjadi. Aku predict pasukan bukan pilihan akan menjadi juara kali ini. Takpe, kita tunggu dan lihat.

InsyaAllah result akan keluar dalam masa beberapa hari lagi. Doakan saya mendapat keputusan yang baik. Manakala untuk sesi add drop pula kalau tak silap 10/11 Julai. Alhamdulillah aku sudah mendapat semua subjek yang diperlukan cuma aku berharap akan dapat meng add subjek engineering material. InsyaAllah.

Baru sahaja tadi Tqa menulis pasal interview Convest. Aku ingatkan apa, cubalah check emel, rupanya dimaklumkan bahawa kerana terlalu ramai yang menghantar permohonan untuk menjadi sebahagian dari committee, pihak SRC terpaksa membuat tapisan melalui interview online. Masih memikirkan bagaimana jawapan yang sesuai, hurm....

Baru sahaja membuat checklist jadual untuk semester baru. Baru terperasan setiap hujung minggu dalam bulan Julai nanti aku terikat dengan aktiviti, aish...Takpe2, InsyaAllah boleh. Semoga diberikan kekuatan untuk menghadapinya.

Dah lama tak jogging, InsyaAllah jika tiada aral melintang, selepas subuh nanti nak jogging sebentar di sekeliling rumah sahaja. Takperlu jauh-jauh. Ada kawan invite untuk menghadiri larian KLIK pada 17hb Julai. Malangnya aku terikat dengan aktiviti lain. Aku memang suka dengan larian jarak jauh ni walaupun aku tak pernah menang, hehe...sape2 yang nak masuk larian amal mana2 jgn segan2 ajak aku ye, InsyaAllah kalau xclash dengan apa2 hal, nak join. Tapi minta disediakan kenderaan, hehe~

Di musim cawan dunia ni, nak pesan juga, bola-bola juga, hal-hal lain jangan dilupakan. Aku belajar erti komitmen dari seorang temanku. Apape pun perlu pandai membezakan perkara yang penting dengan yang lebih penting , segera dan lebih segera.