Tuesday, October 20, 2009

Kuatkan semangat!

ENTRY 091020

Salam, hari ni aku baru je habis test lab ec, ok la walaupun aku k.o circuit, sebenarnya senang je tapi aku blank sbb bila circuit aku tiba2 tak betul , aku tak dapat nilai yang sepatutnya aku dapat, aku terus cuak dan...apa lagi ilang sume yang aku wat masa lab practice tuh..aduh...nak wat cmne...tuh la confident sgt...kan Allah dah tarik balik nikmat...assistant lab tuh pon tak dapat nak tolong tengok aku dah blur sgt...aish...

Aku dapat tahu beberapa rakan terdekat arwah...(seorang pelajar yang baru je dijemput menemui Ilahi tak berapa lama dulu..)..mengalami masalah terlalu teringatkan arwah sampai hilang semangat utk belajar. Aku ni kenal arwah pun tak jadi sebenarnya aku ni langsung tak layak untuk memberikan nasihat atau sebagainya sebab ya, aku tak mengalaminya, orang kata bercakap senang tapi kalau diri sendiri yang mengalami baru rasa macam mana.

Tapi aku yakin arwah sebenarnya inginkan rakan-rakannya menyambung perjuangannya yang terhenti kerana terlebih dahulu dijemput menemui Allah. Ya, memang pahit untuk diterima, pahit lagi orang yang mengalaminya, tapi yang sudah pergi telah pergi selamanya dan takkan kembali lagi, kita yang masih hidup ni kena teruskan perjuangan. Teruskan perjuangan arwah, pegang apa yang diamanahkan. Jangan putus asa sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Banyakkan berdoa semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ya, susah untuk dilaksanakan, tapi cuba, sebab Allah sentiasa ada di sisi orang-orang yang berusaha, Allah takkan mengabaikan orang yang meminta pertolongan dariNya. Manusia sememangnya lemah, lagi2 dari sudut emosi dan perasaan sebab itu, senjata orang-orang mukmin adalah doa. Banyakkan berdoa kerana doa yang yang lahir dari hati yang ikhlas, insyallah.

Jika ada sebarang perkataan yang mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja, rakan-rakan arwah dan ahli keluarga arwah harap dimaafkan .Ya, siapalah aku untuk cakap benda-benda macam ni, tapi anggaplah ianya adalah sebagai nasihat dari saudara seislam..Aku harap rakan-rakan tersebut akan teruskan hasrat mereka untuk belajar, sebab aku dengar mereka dah tak bersemangat lagi, Bolehkan?

Renungkan lah bait-bait lagu ini:

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,

Memori indah kita bersama terus bersemadi,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,

Disaat kau masih diperlukan ,

Tuhan lebih menyayangi dirimu,

Ku pasrah di atas kehendak yang Esa.


Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia,

Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,

Walau ku tahu kau tiada di sisi.


Perjuangan kita masih jauh beribu batu,

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,

Bagai semalam kau bersama kami.


Moga amanlah dan bahagia dikau disana,

Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,

Moga disana kau bersama para solihin,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,

Kau sahabatku kau teman sejati.

Hijjaz-Kau Sahabat Kau Teman.

0 comments: