Saturday, October 3, 2009

Beringat-ingat selalu.

ENTRY 091003

Semalam aku ada baca surat khabar kosmo tentang gempa bumi yang berlaku di Padang Sumatera Barat yang berskala 7.6 Ritcher. Sinopsis sisipan kosmo 2 Oktober 2009:

Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) melaporkan berlaku lapan gegaran suslan yang direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Ritcher.Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Ritcher yang turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53pagi semalam di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor....

Gempa yang berukuran 7.6 skala Ritcher itu melanda bandar Padang yang mempunyai jumlah penduduk seramai 900,000 orang menyebabkan beratus-ratus bangunan termasuk 500 rumah runtuh manakala talian elektrik dan telefon terputus.....

Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supari memberitahu jumlah korban dikhuatiri mencecah ribuan orang tetapi Kementerian Sosial memaklumkan angka korban rasmi setakat semalam ialah 770 orang dan hampir 2400 orang tercedera.

Demikian sedikit keratan akhbar kosmo tentang gempa bumi yang melanda, seterusnya sedikit tentang tsunami yang melanda Pulau Samoa .

Gempa bumi yang berukuran 8.3 skala Ritcher berlaku pada selasa lalu di Samoa menyebabkan tercetusnya tsunami yang melanda pulau-pulau di Lautan Pasifik. Link 1 Link 2.

Kebelakangan ni banyak betul kejadian yang berlaku, sama ada bencana alam, masalah sosial, ajaran sesat dan sebagainya....hurm....tanda-tanda? Sama-sama kita fikirkan....

Ini sedikit video tentang 'rasul melayu' yang hari ini aku baca telah mengaku insaf dan ingin bertaubat. Aku telah menonton video ini bersama rakan-rakan sekelas masa kelas FIM di CFS dulu, tak sangka masih ramai yang belum menonton, sebab bila ditanya pada rakan-rakan mereka di sini , mengatakan tidak pernah menonton. Jadi mari sama2 menonton untuk dijadikan iktibar.Link 1, Link 2.

0 comments: