ENTRY 101109
Salam,
Alhamdulillah..akhirnya selesai sudah semua exam final untuk semester ini. Apa yang sudah berlaku dan berlalu biarkan. Yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan pengajaran. Cukup la sudah segala gelak tawa, pahit manis dan kesukaran yang dihadapi. Tutup buku dan buka buku baru.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku lambat tangkap sesetengah perkara dan cepat tangkap sesetengah perkara. Mungkin kerana aku (PTS) maka bila bergaul dengan mereka yang tua setahun dan ada juga yang tua 2/3 tahun dari aku membuatkan aku cepat bercampur dan bergaul. Tapi mungkin juga kerana aku muda setahun dari mereka membuatkan sesetengah perkara agak lambat diterima kerana masih berperangai keanak-anakkan. Hehe..betul atau tidak aku kurang pasti...hanya andaian semata-mata..
Apa yang pasti kami semua sama sahaja. Tapi perempuan memang diakui dari kajian (kena check balik fakta sains yang dibaca bertahun yang lalu) lebih matang dari lelaki yang sebaya dengan mereka sekurang-kurangnya 5 tahun. Tapi ada juga lelaki yang sama matang dengan perempuan yang sebaya ( susah nak cari). Apape pon lelaki lebih rasional dalam berfikir dan kurang mencampuradukkan emosi dalam membuat keputusan. Perempuan pula lebih banyak bermain dengan emosi.
Kerana itu lelaki lebih sesuai dijadikan sebagai ketua berbanding perempuan yang lebih sesuai dalam hal-hal yang melibatkan kasaih sayang seperti melayan anak. Acap kali kaum bapa kurang mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak berbanding ibu yang memang senantiasa bersikap lemah lembut dan penyayang dalam melayani karenah anak-anak. Tapi itu tidak bermakna kaum bapa tidak sayang cuma lumrahnya mereka ni tidak mudah menggunakan kata-kata untuk mengungkapkan apa yang tersurat dan tersirat berbanding perempuan yang lebih banyak berkata-kata dan telus dalam berbicara.
LELAKI-lebih gemar menggunakan perbuatan untuk menjelaskan sesuatu, seringkali berlaku perselisihan faham kerana lelaki tidak suka berterus terang dan memberikan penjelasan.
PEREMPUAN-lebih gemar berkata-kata dalam menjelaskan sesuatu perkara, seringkali berlaku perselisihan kerana inginkan penjelasan
Baik lelaki mahupun perempuan, dua-duanya adalah makhluk ciptaan Tuhan yang masing-masing mepunyai kelemahan dan kebaikan yang tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana pasti ada hikmahnya mengapa kita dijadikan begini.
Tiba-tiba pulak tulis post macam ni hehe...ok la, sekarang dah habis cuti so, nak tulis new entry bila-bila pon boleh. Sekian untuk semua yang masih belum habis exam, bersabarlah banyak-banyak. =)
Tuesday, November 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
aku plak camane?.. hahaha
haha..setakat ni ko ok lagi r wan, kte xde gado2 lagi kan? haha
hohoho..gado?..tak lagi.. sebab ko baru kenal aku lagi..hehe...
haha..lama lagi 2thn setengah wan ko ada masa lagi nak cari pasal dgn aku
what !..
aku cari pasal ngan ko..
aku sopan kot.. baik lagi tu.. hahaha
haha..ye la tuh wan...kte tgk sp yg kena nnt...=p
Post a Comment