Thursday, July 8, 2010

Apa sahaja




ENTRY 100708
Salam,
Kebelakangan ni entri post aku agak emosi sedikit, harap dimaafkan. Manusia punyai hati dan perasaan, kadang-kadang dapat ditahan kadang kala begini lah jadinya. Apa apa sekali pun zaman gelap sudah berlalu, sekarang masa untuk lebih serius.

Perancangan masa cuti tidak sampai separuh dapat dilaksanakan. Mungkin perlu pembaikan dan pembaharuan barangkali.Mungkin juga perlu pemberitahuan lebih awal lain kali. Pasal apa? Adalah...

Alhamdulillah result susah keluar. Agak sukar ditelan tetapi itulah hakikat. Selagi hidup selagi itu kita diuji. Lain kali cuba lagi. Usah ditangisi usah diratapi. Hakikat sebenar Allah lebih mengetahui.

Kadang kala duduk di kawasan perumahan yang majoritinya kaum cina agak membuatkan aku resah. Bukan apa, anjing mereka yang berkeliaran menggusarkan hati. Aku jarang keluar rumah tanpa urusan yang penting selain berjumpa rakan dan membeli barang keperluan jadi sebenarnya tidaklah menjadi satu persoalan.

Yang gelisah dan gundahnya bila petang-petang atau pagi-pagi sambil menunggang motosikal menghirup udara segar ( segarlah sgt~) selalu tertipu dengan anjing-anjing ini. Orang kata, jangan lari bila jumpa anjing. Aku selalu usha dulu dari jauh, kalau nampak line clear, selamba je lalu. Kadang kadang mereka buat tak nampak je, tapi yang buat aku bengang tu bila dah dekat baru diorang nak start kejar aku. Apa lagi pecut la.Nak kena gigit? Aish...

Pandai sungguh berlakon. Kalau dari jauh line dah tak clear, aku pusing siap-siap. Naseb la aku tak buat stunt kat situ, kalau tak saja je aku jatuh dalam kolam indah water tu. haha...

Tapi yang best duduk kat sini, aku selalu dapat tengok bunga api 'free'. Sebab rumah aku betul-betul berhadapan taman perumahan yang dihuni oleh 'tokey-tokey kaya' jadi kalau ada apa-apa majlis, mmg keluar je dekat pintu pagar rumah memang dapat tengok dengan jelas dan terang. Bunga api diorg bukan yang murah-murah atau 'cikai' tapi yang aku rasa dekat beribu juga la. Itu yang best, lagi-lagi Tahun baru cina. Memang meriah!

Buat masa sekarang belum ada keinginan menulis entri bersifat kerohanian. Entri seperti itu bukan bole ditulis main-main perlu betul-betul ada kerajinan dan keinginan. Mungkin lain kali.

Baru beberapa hari yang lepas aku selesai setup satu blog baru. Temanya 'share what you got'. Prioriti mungkin diberikan kepada iium tetapi ianya bebas dan tidak berkisarkan kepada satu perkara yang tertentu sahaja. Ini linknya, harap singgah sebentar.

Semeester baru menjengah kembali. Silibus cawan dunia dah nak abes. Kita masuk silibus mechatronics la pulak ye kawan-kawan. Selamat berjuang dan semoga sukses dalam majoring masing-masing.

"Never give up until the end coz you never know miracle might just happen. "

p/s: baru semalam tengok titanic, bukti keangkuhan manusia yang terlalu bongkak dengan ciptaannya sehingga diuji oleh Tuhan. Selain dari kisah cinta dan lagu tema yang best =)

0 comments: