ENTRY 101129
Salam,
Baru 2 minggu aku bercuti di rumah. Kehidupanku di sini dipenuhi dengan tidur-tidur yang berlebihan dan juga undangan perkahwinan setiap minggu. Alhamdulillah, bdnku tidak menunjukkan peningkatan berat badan yang ketara. Mungkin pertambahan peratusan lemak tetapi dari luaran tidak banyak perubahan ( harap-harap..hehe). Sedikit muhasabah diri dan alhamdullillah..
Aku mengumpulkan kekuatan diri untuk menghadapi apa sahaja yang akan mendatang. Biar apa keputusan peperiksaan yang mendatang, bagiku " Berikan aku keputusan yang setimpal dengan usahaku. Jika benar gagal itu petanda suatu perubahan positif maka tidak mengapa. Tapi aku masih berharap sekurang-kurangnya lulus semua kertas ujian." Tidak mengapa, biar apa orang kata, aku lebih mengetahui diriku ini.
Permulaan semester baru lagi, kali ni aku pulang lebih awal untuk menyertai latihan intensif karate bagi mereka yang akan menyertai grading. Semoga berjaya. Aku tidak mengikuti grading kali ini kerana aku harus menunggu 6 bulan sebelum boleh mengikuti grading yang seterusnya ini setelah mencapai tali pinggang coklat.Insyaallah..
Aku berharap aku akan lebih berjaya kali ini tidak kira dalam pelajaran, rakan sebaya dan juga agama. Insyaallah.
Semester hadapan aku akan mengambil matapelajaran Public Speaking and Contemporary Issues. Diharapkan subjek itu akan dapat menolongku mengasah kemahiran menulisku dan meluaskan pemikiranku. Insyaallah...
Kepada yang telah pulang lebih awal ke kampus kerana menjalani latihan untuk atlet-atlet uia, mereka yang terlibat dengan taaruf week dan baktisiwa, semoga berjaya dan take care =)
Monday, November 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kehidupan di dunia ini sangat mahal nilainya.Jesteru tidak heran semua orang berusaha untuk mengisi setiap sudutnya.Tinggal saja terpulang kepada kita bagaimana memanafaatkan setiap relung kehidupan itu.
Post a Comment