Friday, December 10, 2010

Perjalanan hidup itu mematangkan

Entry 101210
Salam,
Perjalanan hidup itu mematangkan. Tajuk entri aku kali ini. Perasan tak, bila kita fikir-fikir balik, banyak benda yang dah kita buat selama ini baik perkara yang baik atau perkara yang kurang baik. Pepatah ada mengatakan "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dulu aku tak paham sangat sekarang baru aku paham.Nak menerap nilai-nilai murni biarlah dari kecil lagi. Bila dah besar susah sikit.

Lagi satu, godaan dan cabaran hidup kita semakin bertambah kerana apabila semakin dewasa kita semakin memahami dan semakin matang dalam berfikir dan membuat pilihan. Kalau masa kecil, pakai hentam je. Mak belikan baju pun pakai je tak adalah nak merungut apa pun. Sekarang, dah pandai fikir, semakin cerewet. Nak pakai baju pun kadang-kadang memilih.

Dulu ayah suruh solat, kita lari-lari solat, takut abah marah. Sekarang dah dewasa tiada siapa nak marah dah. Sendiri pikir la, tak solat ingat dosa pahala. Tapi aku perasan juga, semakin besar ni semakin banyak pulak alasan yang keluar bila nak lakukan sesuatu kebaikan tu. Bila difikirkan masuk waktu solat terus solat. Tapi kadang-kadang banyak pulak alasan keluar. Iman menurun, kesedaran pun berkurang. Hati kena selalu bermuhasabah....Sebab tu aku baru paham, nak buat jahat senang, nak buat kebaikan, kalau hati tak kuat memang susah...

Ada perbezaan antara tahu, sedar dan paham. In English, know, realize, understand. Banyak benda yang kita tahu, kadang-kadang masa sekolah pon dah tahu cikgu banyak ajar tapi tak semua kita sedar. Not everything that we know, we realized. Sedar akan kepentingannya, sedar akan akibatnya, sedar akan sebab-sebab yang menyebabkan ia terjadi.Paham pulak berbeza-beza. Yang lebih berkesan adalah paham setelah mengalaminya sendiri. You know something but sometimes you just don't realized it because you never understand it because you never experienced it.

Aku dah tak berani untuk mengatakan sesuatu kerana mulut badan binasa. Jangan ingat diri ini akan sentiasa baik, bila Allah menguji dia akan datangkan sesuatu yang kadang-kala tak pernah tercapai di akal. Jangan anggap diri ini beriman kerana ianya hanya kerana Allah belum lagi menguji kamu. Sentiasa sedar diri, diri ini pinjaman di dunia, bila susah dan senang sentiasa ingat pada Allah.

" Apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji? "

0 comments: