Friday, April 30, 2010

Atas, tengah, Bawah.

4 comments
ENTRI 100430

Salam,
Seminggu sudah selepas semester 3 bermula. Aku ambil subjek workshop dengan dynamics. Alhamdulillah aku memang awal-awal sudah dapat subjek jadi aku tidak terlibat dengan proses add drop manual. Kesian melihat rakan-rakan yang penat ke hulu ke hilir mengejar lecturer dan sebagainya semata-mata untuk add subjek. Ada yang berjaya, Alhamdulillah. Ada juga yang give up dan pulang dengan tangan kosong. " dop dpt se pon gane nak amik sotsem"." Kelik r, ngaji tokse gini".

Selepas 2 semester berlalu, aku dah tak taruh harapan yang tinggi untuk score tinggi2. Aku sedar kemampuan aku bagaimana. Aku hanyalah manusia biasa tetapi satu je yang akan aku sematkan dalam hati aku, selepas ni setiap apa yang aku buat, aku akan buat bersungguh-sungguh. Tiada lagi main2. Macam mana result yang akan keluar, aku berserah je. Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita, itu janji Allah.

Aku sebenarnya seorang murid yang cemerlang dari tadika hingga ke sekolah rendah. Pujian sudah menjadi lumrah. Menginjak ke alam sekolah menengah, walaupun bukanlah yang terbaik tetapi masih di antara yang top hinggalah aku berjaya menamatkan SPM dengan keputusan yang cemerlang.

Masuk je ke pusat asasi, di situ segalanya bermula. Ujian demi ujian ditempuhi dan ditangani. Mulanya tewas dan kemudian aku bangkit berkat pertolongan roommate ku yang sentiasa di sisi. Allah benar2 menguji aku. Tetapi sekarang aku dapat melihat sinarnya. Kerana ujian-ujian yang ditimpakan ke atas aku bukan hanya setakat pelajaran tetapi lebih lagi, aku mengenal Islam lebih mendalam. Aku mendekatkan diri kepadanya.

Alhamdulillah, benar-benar sinar pasti ada. Mentari menyinar selepas mendung. Sejak itu aku tak berpaling lagi. Ilmu yang ada disematkan menjadi pegangan. Aku antara insan2 yang terpilih untuk menghadapi ujian kerana Allah masih sayangkan aku. Allah mempunyai banyak cara bagaimana dia ingin menyedarkan hamba-hambaNya dan aku diuji dengan cara tersendiri.

Walaupun kecemerlangan aku dalam pelajaran tidak lagi seperti dulu, aku tidak gusar kerana Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai dalam hidup aku. Bagiku ianya ibarat hadiah yang tak ternilai. Cuma yang penting sekarang adalah bagaimana aku mempertahankan ilmu yang diberi.Kadang-kadang ia datang, kadang-kadang ia pergi kerana aku sendiri tidak istiqamah. Semoga selepas ini aku akan lebih istiqamah.

Orang kata mereka yang bermula dari bawah lebih teguh pendirian dan apabila mereka diatas, mereka akan lebih kuat menghadapi kerana mereka pernah berada di bawah dan mereka akan sentiasa beringat. Ada juga yang terleka, ianya tidak terkecuali.

Manakala orang yang sentiasa di atas, sekali mereka tersungkur, sukar untuk bermula semula tetapi tidak mustahil. Kerana mereka tidak pernah berada di bawah, semacam suatu kejutan. Hanya dengan hati yang teguh baru mereka berjaya.

Ada juga orang yang sentiasa di atas kerana mereka sentiasa sedar diri dan percaya semuanya kerana pertolongan Allah juga. Kesusahan mereka adalah untuk sentiasa mempertahankan atau maintain apa yang ada.

Mana satukah kita? Muhasabah diri dan letakkan tanda aras untuk kita sentiasa memperbaiki diri. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Tetapi yang lebih baik adalah semoga saat yang berikut adalah lebih baik dari saat yang sebelumnya dan saat seterusnya lebih baik dari saat ini. Kerana maut itu boleh datang bila-bila masa. Hargailah masa ibarat ianya adalah saat terakhir kita hidup di muka bumi ini.

p/s: tahniah sebab dapat keputusan cemerlang~may Allah bless u always!

Sunday, April 25, 2010

Dalam Kenangan...

0 comments
ENTRY 100425

Salam,
Semalam telah diadakan kenduri arwah embahku yang baru sahaja menghadap Ilahi 13 Jan 2010 yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Hanya doa dapat kukirimkan. Seronok berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Meriah rumah wan tadi.

Bertolak selepas asar dan majlis bermula selepas Maghrib. Kelakar dengan perangai sepupu-sepupu lelaki ku. Berani diorg mainkan aku eh...hehe..raya nanti jumpa lagi siaplah diorg. Yang sorang tuh sakit mata, kesian, semoga cepatlah sembuh ye.

Pulang dalam pukul 11 malam. Sibuk mengemas barang untuk pulang ke gombak pula. Banyak betul barang.Terima kasih la pada nan dan akem yang sudi update aku dengan match Man U VS Spurs. Menang 3-1. Cam tak caya jer. Aku nak tengok tapi yang delay punya pun dah xdapat sebab hari ni dah nak balik gombak. Takpe la aku tengok kat youtube je la. Nanti nak tgk Arsenal vs MCity lak. Dan paling besh Chelsea vs Liverpool mggu depan.

Dalam kereta tadi mula-mula ok. Tiba-tiba pulak ada orang dedikasikan lagu Pergi Tak Kembali untuk arwah ibunya kat radio. Macam kebetulan sangat. Walaupun aku tak pandang tapi aku rasa ayah aku tengah berlinangan air mata. Aku buat-buat pandang tepi.

Entah la, sedih aku mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan sedih ayah aku. Dan tiada seorang anak pun yang takkan sedih tgk ayahnya bersedih. Ayah aku sangat penyabar. Aku respect gler la. Insyaallah, Allah takkan mensia-siakan hambanya yang bersabar. Mungkin bukan sekarang, akan datang mungkin Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik.
Insyaallah.

Aku mungkin tiada masa embahku meninggal tapi aku bersyukur kerana di saat dan ketika arwah meninggal, aku di dalam majlis ilmu ( halaqah). 13 Jan 2010 aku akan ingat sampai bila-bila.

Saya mungkin tak dapat nak tengok embah untuk kali terakhir, tak dapat nak cium embah sebelum dikafankan dan asyik merungut dalam kelas OOP dan ponteng kelas CALCULUS dan BM hari esoknya sebab saya sedih tak dapat balik. Walaupun embah suka bagi saya duit raya seringgit waktu kecil-kecil dulu dan embah cakap jawa pekat saya tak faham masa kecil dulu tapi saya nak embah tau SAYA SAYANG SANGAT EMBAH ! SAYA RINDU bahasa jawa embah dan saya akan ingat sampai bila-bila....

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Thursday, April 22, 2010

KEMULIAAN

1 comments
ENTRI 100422

Salam,
Semua orang mendambakan seorang suami atau isteri yang soleh dan solehan. Tak kurang juga yang menginginkan anak-anak juga soleh dan solehah. Tapi dalam mencapai apa yang diimpikan apakah usaha kita? Sejahat-jahat manusia sekalipun , dia akan mencari bakal isteri/suami yang soleh dan solehah supaya dapat membimbing anak-anak ke jalan yang benar.

Perempuan yang seksi, yang boleh diangkut ke hulu ke hilir hanya lah hiasan semata-mata untuk ditayangkan kepada rakan-rakan. Tetapi bila mencari isteri, nak yang tudung labuh, menutup aurat, yang boleh mengaji dan sebagainya. Hipokritkah? Entah la...

Lelaki pula yang hensem-hensem dipuji, yang kurang hensem dikeji. Paras rupa dijadikan ukuran manakala akhlak dijadikan faktor kedua. Kalau solat pun jarang ditunaikan, macam mana nak diharapkan untuk membimbing keluarga kelak? Kalau ada bunyi-bunyi yang bising " Ala, ingat kalau xsolat tuh tak baik ke? Ala, xkan kena pakai kopiah baru baik?". Jawab aku " Entah la, korg nak cari suami kan, korang pikir la elok-elok suami macam mana korg nak cari. "

Pesan akak fasi aku, dari sekaranglah kita kena mula memperbaiki dan mempersiapkan diri kita. Janganlah nanti bila dah sampai seru , jawapan seperti " Alamak, aku tak sedia lagi la, camne?" menjadi alasan. Dari sekarang kita kena sentiasa berdoa supaya dikurniakan suami/isteri yang dapat membimbing anak-anak.

Anak-anak itu mengikut teladan ibu bapa. Kalau baik akhlak ibu bapanya, insyallah baik la akhlak anak-anaknya. Didikan agama yang diajarkan menjadi panduan anak-anak dalam melayari bahtera kehidupan. Kalau dah ibu bapa pun entah ke mana akhlaknya, anak-anak akan menjadi lebih teruk lagi.

Anak-anak menjadi ukuran bagaimana hasil didikan sesebuah keluarga. Seperti contoh lori pasir yang berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, maka sampahlah yang akan bertabur dan tersembur keluar. Memang benar, selain didikan keluarga, banyak lagi aspek lain yang harus dititik beratkan seperti rakan sebaya, pengajaran di sekolah dan sebagainya. Cuma yang ingin ditekankan adalah didikan awal bermula dari rumah.

Memang benar, kadang-kala berlaku juga, bapa seorang imam, ibu seorang ustazah, abang seorang bilal, tetapi diri sendiri menjadi seorang yang agak bermasalah. Ingatlah IMAN tidak dapat diwarisi. Sebaik mana latar belakang seseorang, diri sendiri yang harus dipertanggungjawab dalam memilih jalan kehidupan. Pilihlah yang seiring dengan syariat hidup.

Kadang kala dalam kehidupan kita,hidayah itu datang memberikan kita sinar kehidupan. Bermulalah satu titik tolak dalam perubahan kehidupan kita. Muhasabah diri menjadi pegangan hidup. Namun setiap perkara di dunia ini pasti akan diuji, kritikan dan komen seperti " Ala, apa la nak islamik sangat, biasa-biasa sudah". " Ni apa, stokin-stokin, tudung-tudung ni, rimas la". " Yang kau beria nak berserban ni apa hal? Bukan aku tak tau ko dulu."

Anggaplah ianya sebagai satu ujian. Memang, proses untuk menghadapinya sukar tetapi insyallah hasilnya adalah satu nikmat kurniaan Allah yang tak terhingga. Kadang-kadang kurniaan Allah datang tanpa diduga, begitu juga hidayah dan dugaanNya. Terima la ia sebagai fitrah kehidupan yang mesti dilalui oleh seorang hambaNya di dunia ini.

Aku bukanlah seorang yang terbaik untuk menegur orang malah aku juga sering ditegur. Mari lah kita sama-sama menegur dalam kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Biarlah sedikit tetapi berterusan.

Tak perlu latar belakang penuh dengan list sekolah-sekolah agama, tak perlu cakapnya sentiasa keluar ayat al-quran dan hadis, tak perlu pakaiannya sentiasa berjubah dan bertudung labuh, tak perlu kata-katanya berbunyi bahasa arab. Cukup jika diri ini mempunya kesedaran untuk memperbaiki diri. Tiada istilah rendah diri dalam mencari keredhaan Allah kerana Allah hanya memandang iman di kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ingatlah banyak ilmu agama, belum tentu beragama. Kata bijak pandai, barangkali kita dimuliakan hari ini bukan kerana banyaknya ilmu agama kita. Bukan juga kerana kebaikan yang kita lakukan. " MULIANYA KITA HARI INI DI MATA MANUSIA KERANA ALLAH MASIH SIMPAN AIB KITA".

Saturday, April 17, 2010

Move Forward, Never Regret !

1 comments



ENTRI 100417
Salam,

Semangat betul aku bangun awal hari ni, bukannya sebab selalu aku bangun lewat cuma selalunya waktu-waktu cuti aku akan tidur lepas subuh, hanya di kampus sahaja aku jarang tidur selepas subuh, kan kak syima? Hehe...

Indahnya hidup bermasyarakat, mempunyai kawan dan tiada permusuhan. Benarkah? Realitinya setiap kita pasti mempunyai musuh sedar atau tidak. Kerana kita bukannya sempurna. Kelebihan kita dipuji manakala kelemahan kita dikeji. Realiti dan norma kehidupan, tiada apa yang perlu dirisaukan. Anggaplah ianya undang-undang kehidupan.

Aku masih ingat lagi dalam kelas UNGS2040, pelbagai isu dibentangkan oleh pelajar. Aku memang respek pada budak-budak ni sebab pembentangan mereka memang bagus. Credit to them. Paling aku ingat seorang tu,

Ustz: xxxxx, you need to present today.
He: Ustaz, really?
Ustz: Why? you don't prepare? I have told you to prepare earlier.
He: Oh, it's ok sir. I can present now.
Ustz: You bring your book?
He: It's ok sir.

And i thought his presentation wouldn't be so interesting but i was wrong. His presentation wake me up ( my class was from 11.30-12.50 just so u know..hehe..).Apa pe pon, aku berterima kasih pada dia kerana mengejutkan aku dari 'lena'.

Seorang lagi walaupun aku tak berapa ingat mukanya tapi aku suka sangat pada presentationnya yang bertajuk " Islam Hadhari". Masih teringat ayat dia.

Uz : Personally, how did you find Islam Hadhari?
He: In my opinion, Islam Hadhari was a good approach by the ex-PM, but then at first when the concept was introduce, people from outside were saying " What is Islam Hadhari? Some kind a new religion or what? ". And me myself, i also thought the same things. But then when i made my research and findings, i realize that it wasn't a new religion after all, it's actually a new way of life. It's actually wants to submerge the islamic way of life into the Muslim life. But then, it turns out to be a joke because people were saying " It was good but it just some kind of a politics gimmick and it doesn't give positive perspective to the people ". And i eventually agree with their opinion and if only the concept of Islam Hadhari were implies differently maybe it can at least change the mindset of the Malaysian people.

He actually talks more but i just simplified from what i still remember. Aku sebenarnya mempunyai pendapat yang sama dengan dia jadi aku tidak terkejut apabila dia melontarkan pendapatnya tetapi pada masa yang sama aku terkejut kerana pemikirannya yang sama dengan aku. Apape pun, ianya menjadi salah satu pembentangan yang aku akan ingat kerana tajuknya yang mengesankan. ^_^

For me, Islam Hadhari is not a new religion, it's just an approach of more islamic way of life but how i just wish the approach was slightly different. Anyway, you're free to give your own opinion.

Kenapa agaknya aku sangat teringat tajuk ni? Sebab masa aku baca 'kitab hijau' untuk exam study circle 2, ada 2 text dalam kitab tuh yang aku agak terkejut, aku terfikir alahai study circle je pun kenapa sampai ada juga text ni. Nak tau text apa? Yang pertama, complete text of the Working Paper -The Way Forward presented by His Excellence YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohammed at the Malaysian Bussiness Council which empasize about the vision 2020 dan text yang kedua tentang Islam Hadhari.

Panjang gler dan aku terfikir " Serius diorg nak tanya mende alah ni dalam exam?Fuh!". Mula-mula aku baca juga, lama-lama aku skip, tak tahan panjang sangat. Huhu...Tapi aku perasan juga topik-topik untuk SCII ni memang agak mencabar minda sedikit, hurm...Apa pe pun aku puji silibus SCII tapi yagn teruk kami lah untuk study. Alhamdulillah exam hari tuh. Apap pe pun tunggu result, harap-harap ok la.

Sejak aku cuti aku dah lama tak baca surat khabar I Luv Islam sebab kat sini tak jumpa. Kat kampus senang je nak beli. Rindu pulak. Harap-harap dapat jumpa 'insan' yang sudi meminjamkan atau menjualkan kepada aku nanti isu-isu yang aku tertinggal tu. Insyallah...

Beberapa hari ni baru aku terperasan rupanya ada benda yang aku tahu tapi seringkali lupa. Perbezaan lelaki dan perempuan. Lelaki lebih senang memahami sesuatu yang bersifat 'direct' dan kurang putar belit kerana minda mereka berfikiran terus. Manakala perempuan pula lebih memahami sesuatu yang mempunyai maksud yang mendalam. Sebab itu perempuan lebih merasai teguran yang bersifat sinis daripada lelaki.

Bukan apa, aku dah lama tahu tapi tak teringat. Patutlah....takpe2...lepas ni aku dah tahu. Dengan lelaki tak perlu berbunga-bunga atau berputar belit, direct speaking. Dengan perempuan pula harus berlapik kerana sifat perempuan yang mudah tersentuh. Secara teorinya begitu la, secara praktikalnya aku sememangnya agak keras ayat aku dengan lelaki. Tidak kasar tetapi tidak lembut. Bunyinya memang tidak kasar tetapi aku memilih penggunaan perkataan yang agak keras.Bagaimana? Talk to me and you will see. Why? I got my own reason.

Aku teruja untuk belajar UNGS 2050 pula dan ustaz pilihan aku? Ustaz Aliza. Kenapa? Sebab venue dekat engine. Hehe...Dari UNGS 2030 sampai la UNGS 2040, venue sume kat ENGINE. Memang seronok. ^_^ Ustaz Syamsuddin Arif did a really good job and i expect more from Ustaz Aliza. But i'll just keep my expectation low but i heard everyone say he's good so i hope so.

Left with another week for the new semester to reopen and 3 days before the result out and also 4 days for the Web Based Add Drop, i'm hoping that 'my plan' can be finished. Everything need to be settle in 7 days, that's my target.

Insyallah, semoga semester baru menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih untuk mendapatkan keredhaan Allah dan juga semoga semuanya berjalan lancar untuk result sem 2 ni. Biar apa sekali yang berlaku aku bersedia. Kegagalan adalah ujian bagiku dan kejayaan adalah pencetus semangatku. Yang mana satu terserah kepadaNya. Insyallah...everything will be alright...bersangka baik la dengan Allah.

Wednesday, April 14, 2010

Meaning of true happiness

0 comments
ENTRY 100414

There's a girl who always want to improve herself. She learn the meaning of life through her experience and the people around her. At first, she's totally noob but then she learn that life is not as easy as she thought.But she forgot one that is very important to her, the people around her.

One day, she just sitting in front of her laptop while chatting through facebook when suddenly she feels uneasy. She decided to went into her parents room. When she first opened the door, she realized that her parent were already asleep and what made she start tearing is that they were asleep while the light and the tv is still on, the door and gate still unlocked.

She wondered how life will be if she wasn't there, will the theives come and rob her house or what? If she wasn't there, is the door will still be left unlocked? Her parent are getting old and they are not really strong anymore. Her mum always easily tired.

Their financial are also not really good. Yes, if people just see the monthly salary, they will say it was enough to support them. But what they didn't know is that her mother tries very hard to save money because of debts. And her father need to be a taxi driver in the evening after office hours to help paid for all the bills.

But what make the girls sad is that, they never said anything. Yes, they did say, " Save as many as u can.". But they never fail to provided them with foods to eat. No branded clothes, no powerful gadjets, no beautiful furniture but food need to be there.

To think of it, their family is not that poor. If looking from the outer look, they can be considered like nothing really happen. But in the inside only they know.

The purpose of me writing this story is not to stressed about the girl's life but how the parent did their responsibilities. I might not fully understand why and how right now, but what i know is that parents will do anything to support and take care of their children even if it cost them harm. Because the love of parents to to their child is everlasting.

Love your parent while they still there. Don't wait until they were gone. Always remember their sacrifice and never let them down. Parent always saidthey were happy just to see their children happy. Why don't we also be like them, " I'm happy if you are happy because your happiness is the reason for me to smile..."It will be better right?

Monday, April 5, 2010

h0liDays M00d...n myDeaR fRieND..

0 comments

ENTRI 100406

Salam,
Finally the semester break is back. Now i can relax abit after struggling for months studying, learning, finishing all the homeworks, assignments, tutorials, quizzes, exams, meetings and such. Learning is a process of life and it will never end until we die. But we can choose and filter what best for us to learn and succeed. Sometimes, life is difficult and i know and we all know that but the hardest moment is when we are facing the difficulties. Everything is mess up and sometimes we just can't think straight. But, in the end the light will always there to help us out from misery and darkness. Only that it comes with a price which is patience.

to be continue...i'll elaborate about knowledge...later...

aah...for some reason i just want to say this to some of my friends. Let's considered this as advice from me to my friends, so that they wont feel really sad, cheer up ok. For me, no matter how much you love someone, no matter who he/she, if she/he is not meant for you, just accept the truth and go on with your life. You will have plenty of choice later on and the best one should be the one that is meant for you decided by Allah. Even if you do love someone and he's not being nice to you it''s not your fault, it's just he's not for you and just take it as part of life and value the meaning of life.



Well, sometimes life is hard but always remember that Allah is always there for you, if you think you have been nice but he/she doesn't get you, it doesn't worth to torture yourself, just let him/her go because sometimes you have been looking at that person too long that you ignored someone that might be just near you and you just didn't realise. You deserve what best for you and Allah knows that. It's better to choose someone who love you because he will treat you the best way he could rather that someone you love because you doesn't know how much he love you as much as you love him/her.

Be strong because the ultimate love is for Allah. Don't try to hard on yourselves trying to forget all the hard moment. Let time be the best medicine to heal your heart because something that is being done by forced is not gonna do any good. I know it's hard but believe me, it's not impossible. The first step is accept the reality and know that it's already over. Then, make doa' as much as possible so that Allah will make you strong in the process to face this test. In the end, there will always be new hope, new dream and new feeling. Because Allah knows what best for us, never give up with Allah. Ok my dear friend, cheer up ok, i don't want to see your face like that again. Always believe in the qada' and qadar, ok!



As this one is for my other friends,sometimes, even if you love him/her so much but he/her doesn't meant for you, it's ok. As for me, the first thing to do is always ready to accept the reality. We can never be so sure if he/she is the one for us because only Allah knows best. Who knows, life is complicated, maybe because it just how life is right...

I'm happy if you are happy because youR happiness is the reason for me to smile. Loving someone doesn't always end with a happy ending. Sometimes, you will wish for him/her to be with someone that is more suitable to him/her. Because you know deep in your heart your are not the right person for him/her. But it doesn't meant anything bad, as long as that person happy and led a good life, it's enough to make you smile, right? Haha..love is stupid...because it;s something abstract that have various definiton and it's hard because everyone know what it is . It just that it differ from one another...but love is innocent because it was the greatest gift from Allah only that everyone know what love is but not everyone understand how love is.

Aah...so much for know i guess, i'll write about knowledge and islamic civilization later on.. ( sound familiar to some of you? haha...yup..i just love this subject that' all. In my previous post i also wrote about some of the topic in UNGS 2030. Maybe wasatiyyah i think, hurm...this post i don't really have the intention to wrote about love but somehow, remembering the face of some of my dear friends that had trouble with it, i just want them to know it's never too late to realize that the one that love you the most and will always love you until the end is only Allah...


Friday, April 2, 2010

Sedar diri itu penting

0 comments
ENTRI 100402

Salam, entah nape tergerak pulak hati untuk post new entri padahal electronic tak abih study lagi, huhu...Kadang-kadang kita akan kata " Hebatnya orang tuh.", " Biasalah dia genius", " Nak wat camne , dia memang tiap-tiap sem dean list kot" dan sebagainya. Memang, alhamdulillah..kita patut bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan mereka anugerah yang demikian. Tapi kita lupa siapa sebenarnya yang memberikan mereka kelebihan tersebut. Sudah tentulah Allah SWT. Jika dengan mereka kita sudah kagum, tidakkah kita kagum dengan kehebatan dan kebesaran ilmu yang dimiliki oleh pemberi segala nikmat dan anugerah itu? Padahal ilmu yang dimilik oleh manusia adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan Allah. [" Kamu diberi ilmu sedikit sahaja" 17: 85]

Kita juga selalu mudah jatuh cinta dengan individu-individu yang berkenaan tanpa disedari sebenarnya perasaan itu sebenarnya bukanlah cinta. Jika benar pun cinta, ianya tidak bersifat kekal. Hanya cinta kepada Allah yang sebenarn-benar kekal. Kita sering kali dengar bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Benar, jadi mengapa kita terus menerus mengharap pada yang tidak sudi sedangkan sudah tersedia yang sentiasa bersedia menerima kita dan menyayangi kita secara kekal. Ya, Allah sentiasa menyayangi kita. Walau macam mana sekali pun, Allah tidak pernah putus untuk menyayangi kita dan sentiasa berada di sisi kita kerana Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang beriman kepadaNya. Jadi mengapa kita ingin mengadu pada yang tak sudi mendengar, meminta pada yang tak sudi memberi dan mengharap pada yang tak sudi menerima, sedangkan Allah sentiasa bersedia untuk apa-apa jua. Cuma kita yang tak pernah sedar kerana cinta itu buta dan telah membutakan mata hati kita.

Seringkali kita mendengar " Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Ianya bukanlah setakat ungkapan kosong semata-mata tetapi telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran. Oleh itu jika kita mengharapkan pasangan yang soleh atau solehah, kita sendirilah yang harus berusaha untuk memperbaiki diri kita kerana semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kerana dengan memperbaiki diri dan berusaha ke arah kebaikan, Insyallah calon yang sepadan dengan kita akan beransur-ansur dekat dengan kita kerana janji Allah. Usah bimbang dan gusar kerana setiap kita diciptakan berpasang-pasangan, jika tidak didunia ini , di akhirat jua akan ketemu, Insyallah. Percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dan redha atas segala yang dilalui.

Di dunia ini tidak ada manusia yang buruk atau hodoh rupa parasnya. Yang ada adalah perbezaan tafsiran kecantikan. Bak kata ungkapan " Beauty is in the eye of the beholder". Individu yang cantik di mata si polan tidak semestinya cantik juga di mata si polan yang lain dan begitulah seterusnya. Lagi pulak seharusnya kita bersyukur atas setiap apa yang diciptakan oleh Allah kepada kita kerana jika kita kekurangan sesuatu, percayalah ianya pasti ada hikmah dan kadang-kadang kekurangan orang lain adalah kelebihan kita dan sebaliknya. Rahsia penciptaan Allah sebenarnya sangat unik dan kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Cinta pada Allah. Satu ungkapan yang mudah untuk diungkapkan, senang didengar dan dibaca. Tetapi adakah kita benar-benar faham maksud sebenar ungkapan tersebut dan memahami cara-cara untuk melaksanakannya? Senang untuk dibicarakan tetapi susah untuk diselami. Kenapa agaknya? Semuanya bermula dari hati. Kerana dari hati turun ke anggota badan. Jika hati kita kotor, hitam, susah untuk benda-benda baik menebak hati kita. Sebaliknya jika hati kita bersih, mudah untuk kita mendekatkan diri dengan kebaikan dan ilmu juga mudah untuk diterima. Setitik noda hitam dalam hati kita jika terkumpul akan menjadi daki yang sangat sukar untuk ditanggalkan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memuhasabah diri kerana seringkali kita alpa dan lupa akan kesilapan dan kesalahan yang mungkin nampak kecil tetapi memberikan impak yang besar di masa kelak.

Dalam memuhasabah diri, pentingnya istiqamah kerana tanpanya, sia-sia sahaja. Kekuatan diri, keteguhan hati dan kecintaan kepada Ilahi antara element yang membantu dalam memperkuatkan istiqamah. Semoga segala yang kita ingin lakukan niat kerana Allah SWT diberkati dan diredhaiNya serta dipermudahkan jalannya.

Aku sebenarnya sangat bimbangkan Calculus 2 dan Electronic. Dua subjek yang agak tough bagi aku. Kadan-kadang benarlah apa yang kita capai melalui usaha kita sendiri lebih memuaskan hati. Aku belajar bahawa keberkatan dan keredhaan Allah lebih membawa makna dalam erti aku menuntut ilmu. Malah ia sebenarnya muhasabah rohaniah juga sebenarnya. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku sedar lebih awal sebelum terlambat. Keikhlasan menuntut ilmu juga sebenarnya memberikan pengaruh dalam mudah atau sukarnya menerima ilmu yang dipelajari. Hati yang kurang pengaruh hedonisme juga sebenarnya lebih mudah menerima ilmu yang diajari. Tetapi apa boleh buat, biarlah lambat sedar dari langsung tidak sedar.

Semoga Allah memberkati segala ilmu yang aku pelajari walaupun banyak yang mungkin bukan diperolehi dengan hati yang bersungguh-sungguh. " Human learn form their mistake" . Jadi biarlah ianya menjadi pengajaran yang berguna dalam hidup aku. " It doesn't matter how many time i fall down, what matter is how many times i can get up". Never give up. "Perjalanan seorang mukmin tidak akan terhenti sehinggalah kakinya menginjak ke syurga..."