Monday, November 29, 2010

Kehidupanku kini

1 comments
ENTRY 101129
Salam,
Baru 2 minggu aku bercuti di rumah. Kehidupanku di sini dipenuhi dengan tidur-tidur yang berlebihan dan juga undangan perkahwinan setiap minggu. Alhamdulillah, bdnku tidak menunjukkan peningkatan berat badan yang ketara. Mungkin pertambahan peratusan lemak tetapi dari luaran tidak banyak perubahan ( harap-harap..hehe). Sedikit muhasabah diri dan alhamdullillah..

Aku mengumpulkan kekuatan diri untuk menghadapi apa sahaja yang akan mendatang. Biar apa keputusan peperiksaan yang mendatang, bagiku " Berikan aku keputusan yang setimpal dengan usahaku. Jika benar gagal itu petanda suatu perubahan positif maka tidak mengapa. Tapi aku masih berharap sekurang-kurangnya lulus semua kertas ujian." Tidak mengapa, biar apa orang kata, aku lebih mengetahui diriku ini.

Permulaan semester baru lagi, kali ni aku pulang lebih awal untuk menyertai latihan intensif karate bagi mereka yang akan menyertai grading. Semoga berjaya. Aku tidak mengikuti grading kali ini kerana aku harus menunggu 6 bulan sebelum boleh mengikuti grading yang seterusnya ini setelah mencapai tali pinggang coklat.Insyaallah..

Aku berharap aku akan lebih berjaya kali ini tidak kira dalam pelajaran, rakan sebaya dan juga agama. Insyaallah.

Semester hadapan aku akan mengambil matapelajaran Public Speaking and Contemporary Issues. Diharapkan subjek itu akan dapat menolongku mengasah kemahiran menulisku dan meluaskan pemikiranku. Insyaallah...

Kepada yang telah pulang lebih awal ke kampus kerana menjalani latihan untuk atlet-atlet uia, mereka yang terlibat dengan taaruf week dan baktisiwa, semoga berjaya dan take care =)

Tuesday, November 16, 2010

Feels like home

0 comments
ENTRY 101115
Salam,
Finally i'm back at home. How it feels great to be at the place that you were most comfortable with. I'll be back on 4th December to help with the grading program. I don't mind really, since going back early could be my advantage to prepare myself for the next semester.

Plan for holiday? None of course. I hope i can try to discipline myself to study a bit and of course to train the kata and basics so that my body will be more prepared next time.

Drop by to my old 'temporary' house, the quarters to take some left things. I found photo albums, usable books, thermometer? hehe..( my mom is a nurse, ok), and other things. It doesn't make me much sentimental but i did stayed there for about 5 years.

Just a short entry to express my feeling being at home finally. =)

Sunday, November 14, 2010

Link Exchanger

0 comments
ENTRY 101114
Salam, i just realized that in my link exchanger page there's no such comments things so to make it easier. Those want to exchange link just comment on this post and i'll update it to my page. Thank you and sorry for the trouble. ^_^

Example:
Name: Umi Nur
Blog Link : http://umiseekingthetruth.blogspot.com/

Friday, November 12, 2010

Motivation

2 comments
ENTRY 101112
Salam,
Today entry was an appriciation to my great lecturer Bro Musa who had done greatly in motivated his students in class. Always showed motivational videos. Here are some that really touched my heart. Well, i might not done well in his class but i really appreciate such lecturer exist. You might want to watch those videos. ^_^





THANK YOU!

'It's when things seen worst that you must not quite.'

Slight Change

0 comments
ENTRY 101112
Salam, akhirnya setelah jenuh diasak pertanyaan oleh izwan akhirnya aku berjaya mengupdate dan menukar layout blog aku buat sekian kalinya. Tidak banyak perubahan, hanya menukar layout yang lebih simple dan membuang widget yang sbelum ini terlalu menjadi perhiasan dan memberatkan loading. Pautan-pautan juga telah banyak yang dibuang. Ruangan link exchanger akan diwujudkan untuk memudahkan pautan dibuat. Semuanya akan dibuat sedikit demi sedikit.

Oleh itu, untuk sesiapa yang ingin membuat link exchanger boleh la pergi ke page yang akan diwujudkan dan tinggalkan pautan anda di sana.

Selain itu, mulai entry kali ini aku akan mengitalickan setiap perkataan bahasa asing yang aku ingin campurkan ke dalam post bahasa melayu untuk mendidik aku mengurangkan percampuran bahasa atau 'rojak buah'. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit tak gitu?

Labelling juga akan dikemas kini. Sedikit berserabut barangkali. Ringkas kata entry kali ini lebih kepada menceritakan sedikit sebanyak perubahan yang dilakukan. Blog satu lagi juga akan dikemas kini secara beransur-ansur. Insyaallah..

Tuesday, November 9, 2010

Lelaki dan Perempuan

6 comments
ENTRY 101109
Salam,
Alhamdulillah..akhirnya selesai sudah semua exam final untuk semester ini. Apa yang sudah berlaku dan berlalu biarkan. Yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan pengajaran. Cukup la sudah segala gelak tawa, pahit manis dan kesukaran yang dihadapi. Tutup buku dan buka buku baru.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku lambat tangkap sesetengah perkara dan cepat tangkap sesetengah perkara. Mungkin kerana aku (PTS) maka bila bergaul dengan mereka yang tua setahun dan ada juga yang tua 2/3 tahun dari aku membuatkan aku cepat bercampur dan bergaul. Tapi mungkin juga kerana aku muda setahun dari mereka membuatkan sesetengah perkara agak lambat diterima kerana masih berperangai keanak-anakkan. Hehe..betul atau tidak aku kurang pasti...hanya andaian semata-mata..

Apa yang pasti kami semua sama sahaja. Tapi perempuan memang diakui dari kajian (kena check balik fakta sains yang dibaca bertahun yang lalu) lebih matang dari lelaki yang sebaya dengan mereka sekurang-kurangnya 5 tahun. Tapi ada juga lelaki yang sama matang dengan perempuan yang sebaya ( susah nak cari). Apape pon lelaki lebih rasional dalam berfikir dan kurang mencampuradukkan emosi dalam membuat keputusan. Perempuan pula lebih banyak bermain dengan emosi.

Kerana itu lelaki lebih sesuai dijadikan sebagai ketua berbanding perempuan yang lebih sesuai dalam hal-hal yang melibatkan kasaih sayang seperti melayan anak. Acap kali kaum bapa kurang mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak berbanding ibu yang memang senantiasa bersikap lemah lembut dan penyayang dalam melayani karenah anak-anak. Tapi itu tidak bermakna kaum bapa tidak sayang cuma lumrahnya mereka ni tidak mudah menggunakan kata-kata untuk mengungkapkan apa yang tersurat dan tersirat berbanding perempuan yang lebih banyak berkata-kata dan telus dalam berbicara.

LELAKI-lebih gemar menggunakan perbuatan untuk menjelaskan sesuatu, seringkali berlaku perselisihan faham kerana lelaki tidak suka berterus terang dan memberikan penjelasan.
PEREMPUAN-lebih gemar berkata-kata dalam menjelaskan sesuatu perkara, seringkali berlaku perselisihan kerana inginkan penjelasan

Baik lelaki mahupun perempuan, dua-duanya adalah makhluk ciptaan Tuhan yang masing-masing mepunyai kelemahan dan kebaikan yang tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana pasti ada hikmahnya mengapa kita dijadikan begini.

Tiba-tiba pulak tulis post macam ni hehe...ok la, sekarang dah habis cuti so, nak tulis new entry bila-bila pon boleh. Sekian untuk semua yang masih belum habis exam, bersabarlah banyak-banyak. =)