Sunday, June 13, 2010

Rantaian Kehidupan

ENTRY 100613

Salam,
Dikala pagi hari orang sibuk menonton perlawanan England vs USA, aku sepatutnya turut menonton tapi entah mengapa disebabkan mimpi aku sebentar tadi hilang sudah mood untuk menonton cawan dunia. Mimpiku agak berbeza. Aku tertanya-tanya adakah aku telah menyakiti salah seorang insan yang mulia di sisi Allah atau ianya sebagai peringatan kerana aku sudah jarang mengamalkan 'itu' atau ianya adalah jawapan kepada persoalanku selama ini? Atau ianya hanya mimpi kosong semata-mata. Cuma aku agak jarang bermimpikan sesuatu yang berkaitan dengan ayat Al-Quran jadi ianya mungkin akan bermain-main di fikiranku buat sementara waktu.

Entri ini mungkin yang terakhir atau kedua terakhir sebelum aku menjalani Final Dynamics pada 17 Jun ini. Mungkin juga aku akan stop online sementara untuk memberikan perhatian sepenuhnya untuk persediaan Dynamics. InsyaAllah akan kucuba belajar sedaya-upaya. Will give my 100%.

Aku sebenarnya tak kisah orang nak cakap apa pasal aku, aku jenis yang 'layan' jer, kadang-kadang aku gelak sendiri tengok betapa ' determine' nya diorang menggosipkan aku. Aku memang tak ambil kisah sangat, kadang-kadang aku saja tumpang sekaki. Bagi aku ianya benda biasa asalkan tidak sampai memburukkan aku. Mulut orang tak boleh ditutup jadi apa yang boleh aku buat gelak je la..sebab lama-lama nanti diorang akan senyap dengan sendirinya, for sure!

Aku memang jenis yang cakap 'straight to the point' and 'jenis cakap laju bila tak berfikir'. Masa form 5, kawan aku penah kata " Orang pahang memang jenis cakap laju eh?" Aku pun " Entahlah.." . Sampai hari ni aku rasa kadar percakapan aku dah semakin 'biasa' cuma kadang-kadang bila aku bercakap tanpa berfikir, boleh jadi laju juga. Jadi aku secara rasminya nak minta maaf kalau ada percakapan aku yang agak kasar sebab biasanya bila ianya laju dan tanpa berfikir ianya adalah spontan dan straight to the point. Tapi InsyaAllah tidaklah sampai mencarut sebab ianya bukan amalanku.

Demam cawan dunia sudah bermula. Mungkin aku akan berkorban dengan tidak menonton perlawanan-perlawanan awal untuk memberi ruang kepada exam final. Belum pasti lagi....

p/s: Ada ke surah start dengan ' huruf itu' ? Ingatanku semakin kabur, haish~

2 comments:

Khadijah Rahman said...

huruf apa? nun? alif lam? =)

-Umi- said...

Aku pon ingat2 lupa tapi macam alif ain..pastuh tak ingat dah