Salam,
Alhamdulillah..syukur kerana mempunyai masa yang terluang untuk memuhasabah diri kembali. PERHATIAN: "ENTRI KALI INI AKAN MENGGUNAKAN SERBA SEDIKIT BAHASA MELAYU BAKU SEBAGAI LATIHAN PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI SUBJEK BAHASA MELAYU KEJURUTERAAN. TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN."
Sepanjang aku berada di uia ini, memang banyak yang telah dilalui. Sebenarnya tidak pernah langsung terdetik di hati ini untuk memilih universiti ini sebagai destinasi untuk aku melanjutkan pelajaran dan juga tidak pernah langsung terfikir untuk memilih jurusan kejuruteraan sebagai jurusanku. Tetapi bak kata pepatah " Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya."
Akhirnya selamat lah aku menginjakkan kaki ke kampus uia pj dan seterusnya menyambung ijazahku di uia cawangan gombak. Jika ingin diimbau kembali rentetan perjalananku di sini, memang pelbagai karenah dan ragam dapat diperhatikan. Bermacam-macam peristiwa juga telah berlaku, pahit dan manis semuanya diharungi kerana itulah dugaan yang diberi.
Hanya tinggal lebih kurang 3 tahun lagi untuk aku menghabiskan pengajianku di sini, Insyallah dalam pengkhususan mekatronik. Semoga aku diberkati oleh-Nya.
Dalam sibuk mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku, ada satu perkara yang terlintas di fikiran. Salah satu perkara yang sangat terkesan pada aku adalah tentang pentingnya membuat keputusan yang tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebenarnya kita tidak akan pernah lekang dari membuat keputusan. Akan ada sahaja perkara yang pasti akan meminta kita untuk membuat keputusan yang tepat. Tapi adakah keputusan yang kita buat itu adalah yang tepat dan sebenar-benar tepat?
Dari pj sampai sekarang ada sahaja keputusan yang diragui. Mulanya aku meragui juga adakah salah aku? Tapi alhamdulillah ada insan yang baik hati membalas pertanyaan aku di facebook ( "buku muka" ( ? ). Benarlah.." Perkara yang sudah berlalu itu, sudah ditakdirkan kita berada di tempat itu dan sudah ditakdirkan kita membuat keputusan itu. Dan sekiranya masa dapat diputarkan kembali dan kita berada di tempat itu, adakah kita pasti kita akan dapat membetulkan kembali keadaan dan adalah kita pasti keputusan yang kita ambil itu adalah yang terbaik untuk kita? Dan adakah kita pasti apa yang akan berlaku kelak adalah seiring dengan keputusan yang kita ambil?"
Sebaik-baiknya setelah keputusan dilakukan, redha dan berserahlah kepada Allah semoga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk kita. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati-Nya dan boleh membawa kita untuk lebih dekat denganNya kerana ibadah itu bukan hanya solat, puasa dan sebagainya. Perkara-perkara kecil seperti belajar juga boleh dianggap ibadah jika benar dan tepat serta ikhlas niat dan tujuannya.
Semalam juga aku berkesempatan untuk berbual dengan seorang rakan. Mulanya hanya berbual kosong tentang hal-hal harian dan kemudian aku bertanyakan tentang corak dan cara belajarnya sehingga boleh mendapat keputusan yang membanggakan. Banyak yang dapat dikongsikan tambahan pula dia seorang yang tidak lokek ilmu dan suka berkongsi. Tanyalah apa sahaja, Insyallah akan dijawab seday upaya asalkan tidak menyentuh hal-hal peribadinya. Cukup jika aku katakan rahsia dia dapat mencapai apa yang dia inginkan adalah kerana keperibadian dan keikhlasan dia dalam menuntut ilmu.
Jika kau ingin ilmu itu menghormati kau, hormatilah dulu ia kerana dengan itu ia akan datang perlahan-lahan kepada kau dan Insyallah akan menjadi kawan karib kita.,selain niat kerana Allah swt.
Aku harus berterima kasih kepadanya kerana dia aku sudah menemukan jawapan kepada persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran. Teringat satu hadis yang pernah diceritakan kepadaku,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Allah berfirman, " Jika hamba-Ku suka berjumpa dengan-Ku, maka Aku pun suka berjumpa dengannya. Jika ia benci berjumpa dengan-Ku, maka aku pun benci berjumpa dengannya. [Riwayat Al-Bukhari]
Maka jika aku ingin ilmu itu datang kepadaku, aku harus terlebih dahulu menghormati dan menyukainya. Begitu juga jika aku inginkan Allah menyayangiku, aku terlebih dahulu harus menyayangi-Nya...kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
0 comments:
Post a Comment