Saturday, July 3, 2010
Cawan dan Piring Dunia
ENTRY 100703
Salam,
Entri ini ditulis di saat Ghana sedang bermain melawan Uruguay di waktu tambahan. Aku sebenarnya ingin tidur tapi tidak dapat kerana baru sahaja minum kopi radix beberapa jam sebelum ini. Kesannya tidak seperti nescafe ( boikot ) tapi masih ada kesannya. Nampaknya tidak jadi la aku nak tidur awal lagi. Sudah terbiasa tidur lambat gara-gara menonton perlawanan cawan dunia. Tabiat yang kurang baik untuk kesihatan, moga dapat diubah sebelum semester baru bermula.InsyaAllah~
InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan membuat satu blog baru yang lebih kepada perkongsian ilmu pengetahuan yang lebih santai. Saja aku ingin mengasingkan dari blog aku yang sedia ada kerana blog yang sedia ada ini lebih bersifat personal. Apape pun tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana takut perancangan tidak menjadi.
Berbalik kepada isu cawan dunia, team favourite aku n0 1 sudah tewas. Nak buat macam mana, dah main pun tidak betul. Malas nak komen. Masih meneruskan perjuangan adalah team Argentina, dan Spain, harap-harap lepas la ke final. Tapi biasalah, bola itu bulat, dalam perlawanan mana-mana pun situasi yang tidak disangka-sangka boleh terjadi. Aku predict pasukan bukan pilihan akan menjadi juara kali ini. Takpe, kita tunggu dan lihat.
InsyaAllah result akan keluar dalam masa beberapa hari lagi. Doakan saya mendapat keputusan yang baik. Manakala untuk sesi add drop pula kalau tak silap 10/11 Julai. Alhamdulillah aku sudah mendapat semua subjek yang diperlukan cuma aku berharap akan dapat meng add subjek engineering material. InsyaAllah.
Baru sahaja tadi Tqa menulis pasal interview Convest. Aku ingatkan apa, cubalah check emel, rupanya dimaklumkan bahawa kerana terlalu ramai yang menghantar permohonan untuk menjadi sebahagian dari committee, pihak SRC terpaksa membuat tapisan melalui interview online. Masih memikirkan bagaimana jawapan yang sesuai, hurm....
Baru sahaja membuat checklist jadual untuk semester baru. Baru terperasan setiap hujung minggu dalam bulan Julai nanti aku terikat dengan aktiviti, aish...Takpe2, InsyaAllah boleh. Semoga diberikan kekuatan untuk menghadapinya.
Dah lama tak jogging, InsyaAllah jika tiada aral melintang, selepas subuh nanti nak jogging sebentar di sekeliling rumah sahaja. Takperlu jauh-jauh. Ada kawan invite untuk menghadiri larian KLIK pada 17hb Julai. Malangnya aku terikat dengan aktiviti lain. Aku memang suka dengan larian jarak jauh ni walaupun aku tak pernah menang, hehe...sape2 yang nak masuk larian amal mana2 jgn segan2 ajak aku ye, InsyaAllah kalau xclash dengan apa2 hal, nak join. Tapi minta disediakan kenderaan, hehe~
Di musim cawan dunia ni, nak pesan juga, bola-bola juga, hal-hal lain jangan dilupakan. Aku belajar erti komitmen dari seorang temanku. Apape pun perlu pandai membezakan perkara yang penting dengan yang lebih penting , segera dan lebih segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment