Thursday, January 28, 2010

Aku student~

ENTRY 100128
Salam, terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari jadi pada rakan sekolahku dulu, Ayie. Happy birthday!! Dah tua aok eh, ble lagi kte nok jumpa weh~koi xde hadiah nok bagi ke aok, yg ada hanya ucapan di facebook, hehe..~

Aku ni seorang student engineering. Sebagai seorang student engineering yang secara generalnya orang mengaitkan engineering-->matematik, fizik, mekanikal dan sebagainya. Dulu pun aku pikir mende yang sama gak tapi bila aku masuk lagi dalam intipati engineering ni ( intipati? haha..), sebenarnya banyak lagi yang kita belajar.

Aku bagi contoh kat tempat aku belajar sendiri, ada 8 majoring. Setiap satunya berbeza antara satu sama lain tapi masih berteraskan kepada asas yang sama iaitu engineering/kejuruteraan. Aku bagi secara general je la, kalau korang nak tau lebih lanjut klik saja iium, sume ada kat situ. Nak lagi lanjut pergi sana jumpa orang bahagian AnR..hehe..

Mechatronic, automotive, aerospace-->lebih kepada mekanikal, walaupun sebenarnya berbeza apa yang dipelajari tapi aku boleh simpulkan ianya berteraskan mekanikal. Siapa suka mengira, statics, dynamics, force, bolehlah amik majoring neh.

Biotech, material,manufacturing-->Baca! Tu la persepsi pertama orang bila nampak majoring ni, termasuk aku r. Tapi sebenarnya dia lebih dari sekadar baca. Kenapa kena baca? Sebab kalau tak baca, kita tak tahu dan bila tak tahu macam mana nak buat kerja?Menarik sebenarnya kalau baca kita bukan hanya sekadar baca tapi juga mengaplikasikan setiap apa yang kita baca tu dan menghubungkaitkan antara satu sama lain. Lagi satu manufacturing tuh lain skit sbb dia berkenaan CAD, kerja-kerja workshop tapi aku groupkan sekali sbb tiga2 ni tak maen calculation sgt. Overall..sape yang tak nak calculation sgt..jemput la masuk ke dunia BMM (biotech, manu, mate..)

Last sekali ada communication dan CIE (computer information electronic). Dua-dua majoring ni bagus tapi ramai yang tak nak sebab xmau main dgn coding dah..hehe..besenya pmpn akan amik communication dan CIE..err..aku tak tau lagi statistik dia camne. Kalau ikutkan prospek kerja, dua-dua major ni memang luas cuma rasanya budak2 kat tempat aku dah terbius dengan virus antiprogramming dan anti-oop ..hehe.. (exam midterm oop arituh ok tapi tak cukup masa...huhu..)

Secara ringkasnya, pengalaman aku memilih majoring beberapa minggu yang lepas, antara perkara yang aku titikberatkan:
1. Minat: apa sebenarnya minat aku..
2. Kebolehan: Boleh tak aku bawak mende ni?
3. Prospek kerja: Bila dah grad nanti macam mana peluang pekerjaan?
4. Jantina: Benda ni mungkin remeh tapi aku kena fikir jugak sebagai seorang pmpn..
5. Kesanggupan/desire: Aku betul ke nak benda ni?
6. Komplikasi : Kalau tak dapat pilihan pertama macam mana?

Bila semua tu aku dah fikirkan, last sekali aku akan tanya diri aku, betul ke memang ni yang aku nak? Selebihnya terserah pada Allah..sebab walaupun aku dah pilih majoring, belum tentu aku akan dapat, macam mana kalau aku dapat pilihan kedua atau ketiga? Jadi kesimpulannya setelah ditimbang tara semuanya, amik wudhu' dan buat solat sunat istikharah kemudian tidur. Tapi sebenarnya nak bagitau juga, solat sunat istikharah seeloknya dibuat lebih awal, sebab dari aku kat PJ lagi aku dah tau aku kena buat pilihan. Lain la kalau sesetengah perkara yang tiba-tiba datang tanpa diduga.

Faci aku juga selalu kata, sesuatu doa atau hajat yang kita inginkan seeloknya didoakan seawal yang mungkin dan sekonsisten yang boleh sebab jika makbul segera Alhamdulillah tapi kadang-kadang makan masa sedikit. Begitu juga soal jodoh, lebih baik dimulakan sekarang, mudah-mudahan ditemukan dengan insan yang dapat membimbing kita. Sesuatu yang baik itu seeloknya dimulakan seawal yang mungkin dan sesuatu yang kurang baik itu seeloknya dicegah sepantas mungkin..(aku ni dah terbiasa bahasa indon dah..habis la exam bm aku nanti...~~)

Sebagai seorang student, macam-macam orang aku dah jumpa..(insyallah kalau masih panjang lagi umur aku, lebih ramai lagi orang akan aku jumpa). Lebih-lebih lagi di tempat belajar aku sekarang, orang baik, orang kurang baik, orang alim, orang tak berapa alim, orang alim tapi tak nampak alim, orang baik dan orang alim, orang kurang baik dan tak nampak alim...dan sebagainya.

Macam-macam benda sebenarnya aku fikir bila berkawan dengan orang-orang macam ni. Macam mana boleh macam tu, macam mana boleh macam ni dan sebagainya. Akhirnya aku membuat satu konklusi..(mencari konklusi...hehe..)..tak kisah la macam mana sekalipon orang di sekeliling aku, yang penting adalah aku. Biar la macam mana sekali pun, aku lah yang lebih penting. Apa yang aku fikirkan dan apa yang aku buat lah yang lebih penting. Sebab aku tak boleh nak ubah orang tapi aku boleh ubah diri aku.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Jadi sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal~(macam pernah dengar je ayat ni..hehe~)

0 comments: