Saturday, January 30, 2010

Perbezaan ≠ Persamaan

0 comments
ENTRY 100130



Salam,
Kemampuan setiap individu adalah berbeza. Tak boleh samakan semua orang.Tak semestinya senang bagi kita senang bagi semua dan tak semestinya sukar bagi kita adalah sukar untuk semua. Kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap orang berlainan.Tapi semuanya sama di hadapan Allah, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa.

Friday, January 29, 2010

Kasih Sejarak 2 Jari

0 comments
ENTRY 100129

KASIH SEJARAK 2 JARI - MUADZ

Inni mimma akhaafu alaikum mim ba’di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa
(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya…
Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..
Lirik: Xifu Naser
Hadis (arabic text): Sohih Bukhari

“Sesungguhnya, pada lagu ini, kesayuan kita membayangkan nabi dibesarkan sebagai anak yatim, membawa pula suatu risalah yang ditentang kaumnya sendiri, dan juga terkandung, peringatan kepada kita agar berbuat baik pd al’aytaam (anak2 yatim).. dan anugerah yang sangat besar bagi mereka yang berbuat demikian.. ia motivasi untuk diri kita…Ana wa anta ..seumpama….dua jari ini… ana wa anta…”

Pautan :Muadz, zatieyzulkifli

Thursday, January 28, 2010

Aku student~

0 comments
ENTRY 100128
Salam, terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari jadi pada rakan sekolahku dulu, Ayie. Happy birthday!! Dah tua aok eh, ble lagi kte nok jumpa weh~koi xde hadiah nok bagi ke aok, yg ada hanya ucapan di facebook, hehe..~

Aku ni seorang student engineering. Sebagai seorang student engineering yang secara generalnya orang mengaitkan engineering-->matematik, fizik, mekanikal dan sebagainya. Dulu pun aku pikir mende yang sama gak tapi bila aku masuk lagi dalam intipati engineering ni ( intipati? haha..), sebenarnya banyak lagi yang kita belajar.

Aku bagi contoh kat tempat aku belajar sendiri, ada 8 majoring. Setiap satunya berbeza antara satu sama lain tapi masih berteraskan kepada asas yang sama iaitu engineering/kejuruteraan. Aku bagi secara general je la, kalau korang nak tau lebih lanjut klik saja iium, sume ada kat situ. Nak lagi lanjut pergi sana jumpa orang bahagian AnR..hehe..

Mechatronic, automotive, aerospace-->lebih kepada mekanikal, walaupun sebenarnya berbeza apa yang dipelajari tapi aku boleh simpulkan ianya berteraskan mekanikal. Siapa suka mengira, statics, dynamics, force, bolehlah amik majoring neh.

Biotech, material,manufacturing-->Baca! Tu la persepsi pertama orang bila nampak majoring ni, termasuk aku r. Tapi sebenarnya dia lebih dari sekadar baca. Kenapa kena baca? Sebab kalau tak baca, kita tak tahu dan bila tak tahu macam mana nak buat kerja?Menarik sebenarnya kalau baca kita bukan hanya sekadar baca tapi juga mengaplikasikan setiap apa yang kita baca tu dan menghubungkaitkan antara satu sama lain. Lagi satu manufacturing tuh lain skit sbb dia berkenaan CAD, kerja-kerja workshop tapi aku groupkan sekali sbb tiga2 ni tak maen calculation sgt. Overall..sape yang tak nak calculation sgt..jemput la masuk ke dunia BMM (biotech, manu, mate..)

Last sekali ada communication dan CIE (computer information electronic). Dua-dua majoring ni bagus tapi ramai yang tak nak sebab xmau main dgn coding dah..hehe..besenya pmpn akan amik communication dan CIE..err..aku tak tau lagi statistik dia camne. Kalau ikutkan prospek kerja, dua-dua major ni memang luas cuma rasanya budak2 kat tempat aku dah terbius dengan virus antiprogramming dan anti-oop ..hehe.. (exam midterm oop arituh ok tapi tak cukup masa...huhu..)

Secara ringkasnya, pengalaman aku memilih majoring beberapa minggu yang lepas, antara perkara yang aku titikberatkan:
1. Minat: apa sebenarnya minat aku..
2. Kebolehan: Boleh tak aku bawak mende ni?
3. Prospek kerja: Bila dah grad nanti macam mana peluang pekerjaan?
4. Jantina: Benda ni mungkin remeh tapi aku kena fikir jugak sebagai seorang pmpn..
5. Kesanggupan/desire: Aku betul ke nak benda ni?
6. Komplikasi : Kalau tak dapat pilihan pertama macam mana?

Bila semua tu aku dah fikirkan, last sekali aku akan tanya diri aku, betul ke memang ni yang aku nak? Selebihnya terserah pada Allah..sebab walaupun aku dah pilih majoring, belum tentu aku akan dapat, macam mana kalau aku dapat pilihan kedua atau ketiga? Jadi kesimpulannya setelah ditimbang tara semuanya, amik wudhu' dan buat solat sunat istikharah kemudian tidur. Tapi sebenarnya nak bagitau juga, solat sunat istikharah seeloknya dibuat lebih awal, sebab dari aku kat PJ lagi aku dah tau aku kena buat pilihan. Lain la kalau sesetengah perkara yang tiba-tiba datang tanpa diduga.

Faci aku juga selalu kata, sesuatu doa atau hajat yang kita inginkan seeloknya didoakan seawal yang mungkin dan sekonsisten yang boleh sebab jika makbul segera Alhamdulillah tapi kadang-kadang makan masa sedikit. Begitu juga soal jodoh, lebih baik dimulakan sekarang, mudah-mudahan ditemukan dengan insan yang dapat membimbing kita. Sesuatu yang baik itu seeloknya dimulakan seawal yang mungkin dan sesuatu yang kurang baik itu seeloknya dicegah sepantas mungkin..(aku ni dah terbiasa bahasa indon dah..habis la exam bm aku nanti...~~)

Sebagai seorang student, macam-macam orang aku dah jumpa..(insyallah kalau masih panjang lagi umur aku, lebih ramai lagi orang akan aku jumpa). Lebih-lebih lagi di tempat belajar aku sekarang, orang baik, orang kurang baik, orang alim, orang tak berapa alim, orang alim tapi tak nampak alim, orang baik dan orang alim, orang kurang baik dan tak nampak alim...dan sebagainya.

Macam-macam benda sebenarnya aku fikir bila berkawan dengan orang-orang macam ni. Macam mana boleh macam tu, macam mana boleh macam ni dan sebagainya. Akhirnya aku membuat satu konklusi..(mencari konklusi...hehe..)..tak kisah la macam mana sekalipon orang di sekeliling aku, yang penting adalah aku. Biar la macam mana sekali pun, aku lah yang lebih penting. Apa yang aku fikirkan dan apa yang aku buat lah yang lebih penting. Sebab aku tak boleh nak ubah orang tapi aku boleh ubah diri aku.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Jadi sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal~(macam pernah dengar je ayat ni..hehe~)

Tuesday, January 26, 2010

Days passed by

0 comments


ENTRY 100126

Salam,
Hari yang mendung sesuai dengan mood aku ketika ini. Kadang-kadang aku tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham, tak habis-habis masalah menimpa aku. Macam yang aku dah selalu tulis, aku faham kenapa dan mengapa tapi untuk melalui proses kejadian tu memang sukar. Semester lepas memang mencabar bagi aku, macam-macam ada, haha..aku memang tak nafikan memang menggangu pelajaran aku sikit. Semester ni pun sama gak. Banyak betul pemergian insan-insan yang disayangi...

Kadang-kadang aku terfikir bila agaknya sampai masa untuk aku melalui sesuatu perkara dengan lancar? Aku selalu nasihat orang dulu, " Tak mengapa sukar di dunia tapi senang di akhirat, Rugilah orang yang bersenang-lenang di dunia tapi sukar di akhirat, tapi alangkah indahnya jika dapat nikmat dunia dan akhirat." Bila teringat balik apa yang aku selalu nasihatkan orang dulu, tenang sikit.

Ramai orang cakap aku ni nampak matang dari segi perwatakan, penampilan dan sebagainya. Aku rasa mungkin sebab ujian-ujian yang selalu ditimpakan pada aku ni, aku jadi cepat matang. Mungkin juga...

Semalam borak dengan seorang kawan. She's a nice girl, comes from a nice family. I totally adore her. Sepanjang berbual sejak kenal dia memang dapat mengagak dia datang dari sebuah keluarga yang teratur. The way she spoke to me and how she tells the story about her family make me feel nice. I wish her and her family all the best. Take care of your lil bro and sis ya !

For me, my family might not be the greatest family in the world but they are the greatest family for me. Yea, as a child i can noticed there's lack of something here and there but i know they have tried their best to provided me with everything they could and now it's time for me to fill in the empty space that they left and repay their deeds. Because i know there are some things that i need to seek for myself in order to gain knowledge. They had fulfilled their responsibility greatly.

From the time i was born and the azan and iqamat are been recited to me, it was the moment i was alive in this world. They have took care so much thing for me, sacrifices their night sleep to take care of me, whether i want to eat and wash, they are always by my side. While watching a couple of photos when i was small, i can feel the love from them. Well, surely i don't really remember because i was too small at that moment but i bet this moment was the most significant in my parent's life, right?

Then it was time for me to enter kindergarten, i was a good girl, haha...but there were times when i cry when i scared of something and when i don't want to go to class. I still remember Mr and Mrs Rajes, the best teacher ever, they really love me and i am grateful to them. She always comfort me whenever i was scared and i can still remember moments when i learned jawi, running here and there to eat with friends, brought 'bekal' and many other things.

Only a year in kindergarten but many things happened. One year is actually short if compared how many times i have been living with my parent. 19 years is not a short time. Am i still been considered as teenager? I don't know but what i know i need to start thinking how i can repay my parent.

Dulu aku selalu fikir, kalau aku dah habis belajar, dah keje, aku nak bawak mak ayah aku pergi jalan-jalan, pergi makan sedap-sedap, belikan diorg baju lawa-lawa. Nak bawak pergi melancong sampai luar negara. Sebab aku tau banyak duit diorg habiskan untuk kitrg, memang duit untuk semua tu ada tapi dibelanjakan untuk bayar yuran sekolah, baju seragam sekolah, beg sekolah dan macam-macam lagi.

Tapi bila aku dah habis belajar, mak dah pencen. Abah akan keje lagi dalam 2 tahun. Diorang dah tua, nak bawak diorg melancong jauh-jauh tapi diorg dah tak larat, nak bawak pergi makan sedap-sedap tapi selera orang dah tua dah kurang, nak belikan baju lawa-lawa untuk diorg tapi untuk apa?

Rasanya hadiah yang terbaik yang boleh aku bagi kat diorg hanyalah doa seorang anak kepada kedua ibubapa. Aku juga harap diorang boleh kekal sihat supaya dapat menunaikan rukun islam kelima. Bila aku dah keje nanti mungkin susah nak 24 jam berada di samping diorg, jadi aku berharap semoga aku akan tetap ada di samping diorg bila aku diperlukan nanti. Macam senang je bunyi kan? Entah la..

Memang best kalau sumenya berlaku dalam hidup kita ni berjalan seperti apa yang kita rancang, tapi tak semuanya macam tu. Jadi kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi apa saja yang mungkin akan berlaku, tak kira dalam pelajaran, keluarga, kawan, kehidupan dan sebagainya.

Life in this world is actually a preparation for the world in hereafter. Everything that we do in this world is count as part of our deeds. How we would live in the world hereafter depends on how we live in this world.

" On that Day will men proceed in companies sorted out, to be shown the deeds that they (had done). Then shall anyone who has done an atom’s weight of good, see it! And anyone who has done an atom’s weight of evil, shall see it. "
(Surah al-Zalzalah : 6-8)

Monday, January 25, 2010

Kembali Aktif

0 comments
ENTRY 100125

Salam,
Setelah beberapa minggu menutup blog ni untuk tatapan umum akhirnya aku buka kembali. Bukan apa, aku kadang-kadang konfius blog ni sebenarnya menceritakan tentang apa? Berlaku kekeliruan identiti tentang apa sebenarnya tujuan blog ini ditulis. Setelah beberapa lama memikirkan, akhirnya aku memutuskan untuk mengikut gerak hati aku.

Bila baca balik entri-entri aku yang terdahulu, rasanya blog ni memang menyimpan sesuatu yang bermakna untuk aku. Dari PJ hinggalah Gombak, banyak rasanya yang telah dilalui. Dari saat aku dilahirkan hinggalah ke tadika, sekolah rendah, sekolah menegah, cfs pj dan akhirnya gombak, 19 tahun hidup di dunia ni memang macam-macam ragam telah dilalui.

Corak penulisan aku pun banyak berubah dari masa ke masa. Entahlah..makin lama makin matang, bila makin matang, makin complicated pula rasanya hidup ni. Seronok rupanya jadi kanak-kanak, tak perlu pikir macam-macam, yang tau main je. Tapi tak mungkin akan kekal kanak-kanak selamanya, macam citer peterpan tu, dongeng semata-mata.

Bayi-->Kanak-kanak-->Remaja-->Dewasa/Belia-->IbuBapa/Kahwin-->Tua

Aku sekarang kat peringkat akhir remaja, tak sampai sebulan lagi aku akan melangkau ke peringkat Dewasa/Belia. Macam mana agaknya?

Umur makin meningkat, amal ibadat masih tak cukup, takkan nak tunggu dah tua bangka baru nak pergi masjid, menuntut ilmu, pergi haji sume? Orang melayu...bese r..memang camtu. Tapi seeloknya muda-muda ni la menuntut ilmu banyak-banyak, nanti dah tua dah tak larat, dah tak sempat nak tampal balik lubang-lubang kosong dalam amal ibadat.

Aku pon banyak gak lubang-lubang kosong...sama-sama r kte menampal. Selamat beramal~