Salam,
Nampaknya dah seminggu lebih kita berpuasa, amacam? Penuh tak puasa dan tarawih? Kalau belum, bawak-bawak ler belajar memenuhi tuntutan berpuasa. Di bulan yang mulia neh memang ler banyak dugaan dan cabaran, tapi itulah yang mengajar kita untuk lebih menyedari akan kelebihan dan fadhilat bulan Ramadhan.
Tak dinafikan homework,assignment,quiz,midterm dan macam2 lagi sume ada, tapi apa salahnya kalau mencuri masa sedikit untuk menunaikan solat tarawih untuk mendapatkan pahala yang lebih. Tapi ingin diitekankan antara sunat dan wajib, yang wajib itu lebih penting. Tapi ramai yang salah faham, berlumba2 untuk pergi menunaikan solat tarawih tapi solat 5 waktu masih sukar untuk dijaga.
Menuntut ilmu itu wajib, menunaikan solat tarawih itu sunat, ya memang benar, tapi apa salahnya kalau ingin mendapatkan kedua2nya sekali?Sayang alasan solat tarawih hanyalah sunat semata-mata dijadikan alasan untuk menidakkan peluang untuk mengecapinya.
Jangan sampai keluar perkataan" Alah, kalo aku pergi solat tarawih pon bukannya bole score A, takde bezanya aku pergi ke tak, lebih baek aku study dalam bilik lagi bagus".Itu ayat yang keluar dari seorang yang jahil tapi ya, aku bukan lah seorang yang tepat untuk mengatakan ianya keluar dari seorang yang jahil tapi seharusnya sebagai seorang muslim, dia harus dapat membezakan antara ketentuan, usaha, tawakal, redha dan peluang.
Walaupun sayang tapi setiap sesuatu ada 2jalan cerita disebaliknya, mungkin juga lebih yang mana satu yang tepat hanya Allah yang tahu.
Entah kenapa sejak kebelakangan neh berita pemergian insan-insan menarik perhatian. Aku mula perasan setelah berita pemergian seorang insan yang juga seorang student IIUM dalam kursus kesihatan bersekutu (kalau tak silap) dan seorang tahfiz..aku tidak mengenali arwah tapi aku mengagumi keperibadiannya, semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman.
Baru-baru ni juga seorang insan yang juga seorang student iium juga telah pergi meninggalkan kita di bulan suci Ramadhan ini, pelajar engineering ini juga seorang yang cukup disenangi di kalangan rakan-rakannya. Benarlah bila tibanya saat roh terpisah dari jasad, takkan lambat sesaat dan takkan awal walaupon sesaat.
Begitu juga dengan berita pemergian Ustaz Asri Rabbani yang mengejutkan , sebutir permata yang akan terus dikenang kerana jasanya, kelunakkan suaranya dan kerana keperibadiannya. Masih segar di ingatan saat rabbani datang ke iium untuk membuat persembahan. Kelunakkan suaranya menjadi halwa telinga yang cukup indah. Alunan ayat-ayat al-quran masih segar di ingatan.
Allah lebih sayangkan mereka. Ke mana hala tuju mereka cukuplah ianya menjadi urusan diantara mereka dan Allah SWT. Kita yang masih hidup neh sebaiknya bermuhasabah diri sebaiknya semoga kelak ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya.
p/s: subjek drawing sangat mencabar kesabaran dan keimanan aku...kalo bukan sebab amanah yang telah dipegang...dah lama aku tinggalkan...
0 comments:
Post a Comment