Thursday, November 6, 2008

Panduan Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Salam, sebagai selingan dan panduan, kali ini nak bagi panduan tidur mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, moga dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian, ok! Panduan ini dipetik dari koleksi artikel-artikel yang pernah dibaca.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang tak sedar betapa besarnya fadhilat orang yang berdoa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan halakan kaki ke arah kiblat sebab itu kedudukan orang yang telah meninggal.

3. Baca Tasbih Fatimah sebelum tidur kerana sesiapa yang membacanya kemudian meninggal dalam tidurnya, dikira mati syahid. Tasbih Fatimah: Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), dan Allahuakbar (33x).

4. Bacalah surah 3Qul dan tiupkan nafas pada tapak kaki kemudian sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan diri dari gangguan sihir dan kejahatan manusia.

5. Berniatlah untuk bangun malam untuk melakukan solat tahajud. Fadhilatnya kerana, sekiranya tidak terjaga malam itu, Allah tetap akan memberikan pahala seolah-olah bertahajud sepanjang malam. Antara hikmah solat tahajud adalah ianya dapat membantu menghindari diri daripada gangguan sihir dan kejahatan manusia.

6. Sedia memaafkan kesalahan semua orang yang ada kesalahan dengan kita dan halalkan segala hutang piutang mereka.

7. Tidur cara Rasulullah S.A.W iaitu baring mengiring ke kanan dan meletakkan tangan di bawah pipi.

Sunnah ini elok jika diamalkan selalu, kalau tak mampu amalkan semua, amalkan sedikit demi sedikit pun tak pe, ok, selamat mencuba!

0 comments: