Wednesday, November 26, 2008

Jenazah Workshop

24/11/2008

Salam, yesterday I went to Jenazah Workshop , one of the activities held for RAUDAH FESTIVAL (RAFEST 2008/2009), organized by PERKIM Society. The programme started at 9.15am at AMF Hall by the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a short brief by the PM and talk by Ustaz Abdul Talib (if I was not mistaken..), then practical of enshrouding if the dead bodies. I really grateful to join the workshop, there were so many things that I had never know. Now, Alhamdulillah, I had gained some knowledge. Thanks to the programme.

Cara-cara mengkafankan mayat:

1. Hukum mengkafankan mayat adalah fardhu kifayah atas orang yang hidup. Perbelanjaan kain kafan diambil dari harta peninggalan si mati. Kalau tiada, maka kafan wajib diatas orang yang menanggung nafkah semasa hidup,jika tidak ada juga maka terserah kepada Baitumal.

2. Bagi memulakan kerja-kerja mengkafankan mayat, bentangkan kain-kain yang sudah siap dipotong dan kemudian diangkatkan mayat dengan perlahan-lahan dan letakkan mayat mengikut ukuran kain. Sumbatkan semua anggota yang berlubang seperti telinga, hidung dan luka –luka dan lekatkan kapas pada mata dan mulutnya.

3. Letakkan kapas yang telah dicampur kapur barus pada anggota tempat sujud iaitu dari hidung dan dua tapak tangna dan lutut serta tapak kaki.

4. Mulakan lipat kain dari sebelah kiri, himpunkan hujung kain kafan di sebelah kepala sebagai serban.

5. Disunatkan meletak mayat atas kain kafan dilebihkan panjang kainnya disebelah kepala daripadad sebelah kaki. Jika kain kafan itu sehelai yang tidak boleh menutupi seluruh badan maka tutuplah kepala dan biarkan kaki di luar.

6. Ikatkan mayat tersebut dengan tali pengikat yang telah disediakan dengan symbol ikatan semua berada di sebelah kiri. Setelah itu angkatkan mayat ke tempat di mana akan diadakan sembahyang dengan mendahului kepala dan diletakkan kepala di sebelah kiri jika mayat lelaki dan kepala sebelah kanan imam jika mayat tersebut perempuan.

That’s a bit of what I can share. Wants’ more? Just let me know, I’ll write more. Credits to PERKIM CFS IIUM, YADIM and Masjid Kolej Islam Malaya.

ShinaSuju13

0 comments: