Saturday, May 8, 2010

Balik sebentar

ENTRY 100508

Salam,
Alhamdulillah sudah sampai di rumah, hajat di hati mahu bersenang lenang menikmati udara kampung halaman tapi nak tak nak kena siapkan report workshop dan assignment dynamics juga. Pengajaran di minggu pertama sudah cukup bermakna. Tak perlu diceritakan di sini, hehe...

Semalam aku selamat sampai di Pahang. Aku menaiki bas Rapid lebih kurang 9.30pagi bertolak dari UIA ke Putra. Dari putra ambil tren ke masjid jamek dan sambung ke titiwangsa. Dari sana aku menaiki bas KL-Temerloh. Asalnya lebih menjimatkan kalo terus ke Mentakab tapi sebab aku dah lama tak balik naik bas, aku naik bas bersama kawanku yang mana destinasi dia adalah jengka. Ringkasnya :

UIA--->Putra--->Masjid Jamek--->Titiwangsa--->KL-Temerloh/Mentakab
(RM1.00) (RM2.30) (RM1.20) (RM11.20/RM10.50)

KL-Temerloh
RM1.00+RM2.30+RM1.20+RM11.20=RM15.70X2=RM31.40
KL-Mentakab
RM1.00+RM2.30+RM1.20+RM10.50=RM15.00X2=RM30.00

Alhamdulillah juga sebab bila sampai sana tiket paling awal adalah pukul 11. Kami sampai lebih kurang 10.40pg. Tak tunggu lama. Masuk je bas, aku tercari-cari gak, nasib baik duduk sebelah uncle cina. Baik je dia, dia macam nak berborak tapi aku yang mengantuk so aku just diam jer. Sebelah kiri aku pulak ( seat yang belah sana) sorang lelaki poyo duduk dengan sorang laki senyap.

Entah la...aku sebenarnya tak kisah pon laki tuh camne cuma agak kesian dengan dia sebab dia berattitude seperti semua orang akan tertarik pada dia. Padan muka dia, dia ingat aku akan pandang muka dia, sori la...lelaki2 di uia tuh lebih ramai yang boleh menarik perhatian aku dari seorang lelaki yang gila glamour..mungkin juga kerana budaya islamik di uia membuatkan definisi seseorang lelaki kepada aku berbeza. Muka tampan, attitude hampeh tiada maknanya pada aku. Soal iman dan taqwa aku serahkan pada Allah...siapalah aku untuk menilai.

Lupakan pasal tuh, tak penting pon. Balik jer rumah setelah solat dan segala, aku tidur...tidur dan terus tidur hingga ke esokkannya. ( Bangun, solat, makan dan terus tidur)..Mak aku dah membebel....haha..sori. Aku memang macam ni tak kira balik naik kete ke bas ke. Jumaat balik, aku akan tidur seharian, sabtu tuh baru aku segar.

Q: Ko orang ganu ke?"
A: Eh, tak la, nape?
Q: Takde apa...hehe..
A: Haha....

Aku orang pahang la cuma entah kenapa aku macam lebih kepada ganu skit...family aku takde pon, nak kata member2 aku pon tak gak. Entah la..aku leh faham ganu, klate cuma tak reti nak cakap sgt sbb aku orang pahang. Tapi berbanding klate, aku lebih terarah kepada ganu...sebab apa? Entahlah..haha..so, kalo korg kutuk aku dalam bahasa ganu/klate jgn ingat aku tak paham...hehe...aku just senyum jer...cuma kalo yg pekat tak ingat tuh mgkin la aku xpaham.

P/s: Now i begin to understand what kind of a person you are...

0 comments: