Salam,
Hari yang agak redup, tak panas sangat. Memang seronok bangun awal. Semester ni aku sebenarnya agak malas, lepas subuh tidur dan terus tidur. Mungkin juga sebab kelas aku yang sedikit dan juga hanya 2 hari je yang kena bangun awal. Memang tak patut...kena berubah jadi lebih berdisplin...insyaAllah.!
Hari ni bangun awal sebab kawan aku nak jumpa untuk bagi barang. Haish...adakah aku kena berterima kasih kerana dia aku kena bangun awal? Haha...entahlah...walaupun aku geram juga kerana kena menunggu tapi takpe sebab bukannya selalu jumpa dia jadi boleh dimaafkan. Thanx.
Tinggal lagi lebih kurang 3 minggu sebelum berakhirnya semester pendek ini. Mari kita imbas apa yang telah aku lakukan sepanjang lebih kurang 6 minggu ni. Dari segi akademik, suam-suam kuku je. Seronok ambil workshop masa short sem, report pon tak sibuk mana. Tinggal lagi 2 project, pattern making dan foundry...huhu..final adalah pada 11th June. Dr.Erry kata nak buat lawatan sambil belajar ke Royal Selangor. Best juga, harap-harap jadi.
Sedikit penceritaan tentang workshop semester ini. Asalnya memang hanya satu section saja dibuka, walaupun petition sudah dibuat, malangnya telah ditolak oleh Dr. Erry. Memang la ramai yang bengang tapi alasan Dr boleh diterima " Lecturer2 yang mengajar untuk short sem ni sumenya volunteer kerana sepatutnya waktu ni kami kena buat research untuk tesis, dan sebagainya. " So aku rasa dia berhak untuk terima atau menolak petition itu.
Apape pon goodluck utk rakan2 yang akan ambil workshop sem depan, bersegeralah membuat report , hehe...First day hanya melawat sambil ditugaskan untuk membuat pelan workshop. 2nd day memang terbaek, kena buat turning, memang best. Dan hari-hari seterusnya cnc turning, cnc milling, benchwork, milling, measurement, metal forming, welding, dan heat treatment. Group workshop memang sporting, best. Goodluck untuk final, all the best.
Dynamics pulak, midterm memang tak berapa seronok sebab mistakes yang dilakukan hanya lah kecil2 je, kalo tak memang boleh dapat lebih tinggi, tapi takpe. Redha. Quiz pulak memang xperlu cakap, hancur. Entah la..nak cakap cepat sgt la, xpaham la, apa la, mcm xbetul je. Sebenarnya yang boleh aku simpulkan aku agak main2, xstudy betul-betul , kalo tak boleh je. Kalo orang lain boleh kenapa aku xboleh? Itu tandanya aku memang xserius. Takpe la, yang sudah-sudah, yang seterusnya buat betul-betul. Never give up before it's over. Terima kasih juga pada Sir Sultan yang memang best ajar.
Dari segi society, tak banyak yang dibuat selain join Gemilang menjadi volunteer mentor untuk budak2 sekolah darjah 4,5,6. Memang best, tapi mungkin sebab timing tak sesuai hanya dapat join sekali, lain kali InsyaAllah akan join lebih banyak lagi. Kelas tahsin pun baru sekali pergi, memang timing asyik clash dengan meeting lain. Maaf ye akak-akak naqibah. InsyaAllah sem depan akan cuba pergi sekerap mungkin. Usrah pulak sekali pun tak dapat pergi, Sori kak fika, asyik clash je dengan hal lain. InsyaAllah sem depan kita buat hari jumaat la, senang sikit =)
Ari jumaat yang lalu baru je selesai induction course untuk wajadiri. Best la, lagi2 committee pc paling ramai, memang gempak la, hehe..thanx sume. Thanx jugak untuk nan sebab panggil aku, nanti jgn lupa dah jumpa gambar ketam tag aku, hehe...
Tinggal lagi 4 quiz, 2 project workshop dan 2 final beserta dgn 2 jemputan walimatul, satu di melaka dan satu di johor. InsyaAllah...kad jemputan sudah diterima. Bila aku nak kawen? haha...bersabarlah. Ada nanti ada lah.
Benar, zaman sekarang ramai orang boleh bercakap pasal agama tetapi tak ramai yang mengamalkannya. Mungkin aku tergolong dalam salah seorgnya, aku tidak tahu. Cuma yang aku harap kita sama2 sentiasa meperbaik diri..