Salam, selamat hari raya diucapkan pada semua umat islam di seluruh dunia semoga kita sama2 mendapat keberkatan di bulan syawal yang mulia ini. Jangan lupa untuk berpuasa sunat 6 di bulan Syawal. Skemanya pendahuluan post aku tp xpe layan jer...
Jatuh motor? Ye aku jatuh motor semalam, buat pertama kalinya aku yg langsung xpernah belajar motor , belajar motor semalam, alhamdulillah dalam masa sehari dah boleh bawak memandangkan aku neh langsubg xpandai mengimbangkan badan sebab aku xreti pon bawak basikal!!
Nak dibuatkan cerita, biasalah kalo pertama kali belajar ni kalau tak menyembah bumi memang tak sah! So semalam aku punya lah sebab excited dah boleh bawak motor aku pon speed la,apa lagi terbabas ler ke tepi jalan, hampir-hampir nak masuk longkang besar, nasib baek aku tahan dgn tangan kiranya yg masuk longkang tangan aku jer, motor tuh baek je kat tepi sikit lagi nak masuk longkang. Kaki aku luka terseret kat jalan tar tuh...
Tp yg bestnyer aku sempat lagi fikir masa kat atas motor tuh, "Tak leh jadi neh, ni mesti terhumban dalam longkang besar baek aku tahan guna tangan. " Haha..rasanyer aku kena berterima kasih pada karate yang aku belajar selama ni sebab akhirnya dia berjaya meningktkan refleks aku dan alhamdulillah tak membuatkan aku panik. Tp xsia2 r, aku belajar karate tuh, hehe....
Aku luka sikit pada kaki jer tp semalam xrasa lagi sakit, hari ni sakit satu badan. Lagi2 hari neh aku pergi beraya sehari suntuk ngan dak2 sekolah aku dulu, thanx korg dan juga pada driver, hehe...jgn marah ye!
Blog aku ni sebenarnya lebih bersifat peribadi sebab itu aku xberapa menghebahkan pasal blog aku ni, sape tau dan berminat nak baca , baca . Sape yg tak tahu tuh...biar jer. Bagi aku untuk menulis sesuatu yang serius atau membincangkan sesuatu yang tertentu aku xlayak lagi , lagi pula aku xsuka menulis sesuatu yg aku xberapa pasti, xmahu menimbulkan fitnah atau was-was. Insyallah bila aku dah bersedia nnt aku mungkin akan cuba menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna yakni lebih ke arah pembangunan jiwa dan sekarang neh pon aku masih dalam proses menambahkan ilmu pengetahuan dan pemantapan jiwa.
Semoga 4 tahun aku di gombak neh byk yg boleh aku pelajari utk menjadi insan yang lebih berguna dan muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat sebab aku xnak hanya ilmu dunia je dapat, aku dahagakan ilmu akhirat juga. Untuk membicarakan pasal agama aku belum layak, ilmu masih belum cukup tapi kalau sedikit2 tuh insyallah aku boleh tolong. Aku mungkin nampak macam baek tapi kadang-kadang ayat aku mgkin 'harsh' sedikit sebab aku jenis yg kadang2 cakap terus terang dan kadang2 berlapik. So kalau ada yang terasa tuh minta maaf la.
Satu sikap yang aku xmalu nak cakap ialah aku neh memang muka tebal atau orang kata muka xtahu malu, rasa nyer perasaan malu tuh dah lama hilang sejak aku masuk engineering neh sebab aku tau engineering neh ramai lelaki so aku kena bersaing dengan diorg utk berjaya jadi aku dah xboleh malu, biarlah orang nak cakap aku muka tembok ke skema ke, yg aku tau aku dah penat dengar cakap orang aku dah xmahu kisah lagi. Tapi malu masih ada cuma bergantung pada situasi.Biarlah orang kata style aku macam orang kampung yg penting aku sendiri tahu dan faham akan jati diri aku sendiri.
Akhir sekali, (aku kena siapkan report ungs dgn pspice lagi..aduh..so kena stop kat sini),aku xkisah kalo orang tuh kelantan ke kl ke pahang ke johor ke kalau benar dia jodoh aku , aku yakin Allah dah tentukan yg terbaik utk aku. Aku xske sesuatu yg sia2, biarlah ianya dgn cara yg betul. Aku mmg jenis yg ske main2 tapi sesetengah ayat aku ada kebenaran dalam kebenaran ayat aku.'There's truth in the truth of my words', hanya yang memahami aku je yang faham.
Aku xaccept bercouple aku xreject bercouple tapi 'there's truth in the truth of my words' . Hanya kerana aku cakap'Weh diorg tuh sepadan la'tak bermakna aku accept konsep couple dan juga kerana aku cakap ' Tak yah la couple, byk maksiat je' tak bermakna aku reject couple cuma dlm islam tiada istilah couple itu saja!
2 comments:
salam.. salam aidilfitri dan maaf zahir & batin huhu
erk bru belajar nek motor ke? ooh ari tu sy belajar... ternaik atas pembahagi jalan haha adeii.. skrg dah phobia adei isk2
dn.. nikah awal2 no kapel2 hoho
stu lg.. sy pun nak bersaing klu mcm ni isk2
Yup hehe..sakit2 satu bdn jatuh atas jln tar...hehe..sama2 kte bersaing yer...
Post a Comment