Sunday, March 28, 2010

Coretan Sementara

0 comments
ENTRI 100328

Salam, alhamdulillah selesai sudah 6 exams, tinggal lagi 3, harap-harap boleh buat, Insyallah. Setakat ni ok la semuanya, tapi result tawakal je la sebab dah buat semampu mungkin, tak mengharap terlalu tinggi tapi mengharapkan yang terbaik untuk diri. Sejak kebelakangan ni banyak berfikir..entahlah..mungkin sebab dah matang? Betul la bila makin besar makin banyak tanggungjawab, makin banyak yang difikirkan...kalau masa kecil-kecil dulu tau main je, sekarang banyak perkara perlu difikirkan....huhu...

Orang kata perempuan lebih cepat matang daripada lelaki, mungkin betul juga sebab bila tengok rakan-rakan sebaya, dalam hati " Diorang ni macam budak-budak la..". Hanya beberapa orang je yang nampak matang sedikit dari segi pembawakkan diri. Entah la...Apape pun diorang akan matang juga cuma mungkin perlukan masa lebih...

Semester ni macam-macam perkara aku tempuh. Ada juga perkara baru yang aku belajar. Tapi kesimpulannya adalah satu kelebihan jika dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan dapat bergaul dengan pelbagai orang. Tetapi perlu pandai menjaga diri. Ada perkara lebih elok tidak diambil peduli dan bukan semua perkara kita kena terima bulat-bulat. Pesan aku, perkara yang kurang baik jangan sesekali dimulakan kerana jika telah mula terjebak sukar untuk meninggalkan. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Bukanlah bermaksud membutakan dan memekakkan telinga pada cakap-cakap orang tapi apa yang baik dijadikan pendorong, apa yang buruk dijadikan pengajaran tapi biasalah tak semua yang dikatakn perlu diterima, umpatan dan cacian adalah ujian, abaikan...buang yang keruh ambil yang jernih. Yang penting muhasabah diri sendiri.

Saja nak mengarut sementara masih di waktu final exam ni. Tinggal lagi 3 paper, insyallah..mengharapkan yang terbaik..semoga diberkati Allah...

" Aku bukanlah insan yang sempurna dan aku juga bukan seorang yang baik. Tetapi aku berusaha untuk memperbaiki diriku walau tahu aku tidak akan pernah sempurna kerana aku tidak mengejar kesempurnaan tetapi aku mengejar keredhaan Allah.."

Friday, March 19, 2010

Menghitung hari..

0 comments



ENTRI 100319

Salam,
Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga menulis post ni. Semester kedua ni dah nak hampir ke penghujungnya. Banyak perkara telah dilalui dan banyak juga perkara baru yang aku pelajari dan pengalaman yang dikutip. Macam-macam ragam yang dapat aku lihat di sini. Alhamdulillah aku hampir menemui sesuatu yang telah sekian lama aku cari-cari. Insyallah jika inilah jalan yang benar untuk aku lalui, teguhkanlah hatiku untuk memegangnya dengan kukuh. Sesungguhnya amatlah bodoh seseorang yang telah mendapat cahaya dan petunjuk Allah untuk mengabaikannya begitu sahaja. Dan aku tidak ingin menjadi salah seorang darinya, akan aku kejar apa yang selama ini telah aku abaikan dari hidupku untuk menuju ke jalan kebenaran, Insyallah...doakan aku.

Akhir sekali good luck untuk semua student uia tidak kira course apa sekali pun, final exam dah dekat, goodluck. Next entri aku akan wat summary lecturer aku untuk sem ni dan subjek yang diajar, macam biasa. Man jadda wajadda...


Saturday, March 6, 2010

Coretan Sejenak

0 comments


ENTRY 100306

Salam, pertama sekali ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat baik aku, Nurul Izzati yang kini sedang menuntut di UNIMAS. Walaupun berjauhan tapi ukhuwah tetap di hati. Semoga berjaya di dalam pelajaran dan jangan lupa daku di sini. Hehe..

Keadaan diri tidak berapa sihat, batuk, selesema, sakit kepala, nak muntah, sakit perut semua ada. Sebenarnya kali terakhir aku sakit teruk adalah semester lepas di mana semua orang tengah heboh dengan penyakit selesema babi atau h1n1. Aku juga tidak terkecuali dari menjadi salah seorang pesakit waktu itu.

Kali ini, sakit menjengah sewaktu hampir dengan minggu final exam di mana macam-macam perkara harus diselesaikan. Sabar dan tawakal menjadi pegangan. Walaupun aku sakit tapi semacam ada kemudahan di setiap urusan harian ku...mungkin ada sesuatu....wallahualam...

Sebab itu aku percaya, kadang-kadang balasan baik atau buruk yang Allah berikan tidak semestinya pada masa itu juga . Kadang-kadang dia berikan dalam urusan yang lain. Hanya terpulang pada kita untuk mempercayai atau tidak.

Benarlah kata faci study circle, kak aisyah, sebenarnya setiap apa yang berlaku sebenarnya menguji keyakinan kita pada yang Esa. Allah ingin melihat sejauh mana kita percaya dan yakin denganNya.

Aku juga setuju dengan kata-kata kak aisyah yang orang luar mungkin memandang UIA sebagai sebuah universiti yang biasa, Bagi aku ianya bukan semata-mata nama ISLAM itu sendiri, istimewanya universiti ini adalah kerana ' The gate of garden knowledge and virtue' kerana di sini macam-macam perkara yang boleh dipelajari. Semuanya sebenarnya sudah terbentang luas, hanya yang menjadi persoalan sanggup atau tidak untuk kita mencarinya. Mungkin orang luar tidak akan pernah faham tapi bagi sesetengah pelajar di sini, mereka pasti faham akan maksud aku.

Ilmu itu tidak akan pernah rugi , kitalah yang rugi jika kita tidak berusaha untuk mempelajarinya. Ilmu bukan hanya setakat berusaha untuk mencapai cgpa 4.0. Ilmu sebenarnya lebih dari itu, beruntungnya orang yang dapat mencapai kejayaan di dunia di samping tidak melupakan ilmu akhirat. Ada orang diberikan ilmu dunia tetapi terkapai-kapai dalam mencari bahtera ilmu dunia akhirat. Ada pula diberikan ilmu akhirat tetapi ilmu dunia diabaikan.

Keseimbangan seharusnya dicari untuk keduanya. Bagi aku sendiri, aku masih mencari keduanya. Biarlah apa sekali pun yang menimpa, aku tetap percaya tanpa ilmu akhirat, ilmu dunia tidak membawa makna dan tanpa ilmu dunia sukar untuk mencari ilmu akhirat. Ibarat ilmu dan amal. Mempunyai ilmu tapi tidak mengamalkan adalah sia-sia. Beramal tanpa ilmu ibarat seorang guru sains yang ingin mengajar matematik. Tidak berilmu dan tidak beramal adalah serugi-rugi manusia di dunia dan akhirat. Tetapi jika kita berilmu dan beramal, insyallah...hidup diberkati dunia dan akhirat.

Sukar? Tiada yang senang di dunia ini dan juga tiada yang susah, yang susah adalah memulakan langkah pertama dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Senang adalah apabila kita berjaya menyempurnakan setiap langkah menuju ke garisan penamat. Bayaran? Usaha, sabar, tawakal dan redha.