Salam,
Akhirnya aku berjaya check result. Benarlah apa yang diusahakan itulah yang dapat. Jika usaha tidak seberapa jangan diharap kejayaaan yang menggunung. Jika usaha sudah dilakukan tawakal dan redha kepada Allah. Apa yang terjadi pada aku adalah ' the worst case scenario' mungkin ada yang sudah boleh mengagak apa yang terjadi kepada aku. Tapi aku tak sangka tak setitik pun air mata yang mengalir yng ada hanyalah kesyukuran kepada Allah kerana Dia masih sayangkan aku. Jika tidak, Dia tidak akan menguji aku dengan dugaan ini.
Tak perlu ditangisi tak perlu diratapi kerana apa yang berlaku sudah pun berlaku, hidup harus diteruskan.Tapi yang pasti ianya akan terpahat di ingatan buat selamanya. Aku yakin itulah yang Allah inginkan dariku.Proses pembelajaran sememangnya sulit kerana ianya bertujuan mengajar kita tentang hidup. Insyallah ada hikmahnya dan pasti ada ganjaran yang lebih baik di sebaliknya, Insyallah.
Sama-samalah kita panjatkan doa supaya diberikan kekuatan yang lebih untuk menghadapi dugaan hidup. Kepada yang mendapat keputusan yang membanggakan atau 'flying colours' tahniah kerana pastinya apa yang tercatat adalah hasil usaha keras masing-masing.Anda berhak kerana anda telah berusaha, tahniah!
Aku juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada rakan-rakan aku yang menyambutnya di bulan November dan Disember, hehe..sori tarak hadiah! Kepada yang sedang menghadapi final, semoga berjaya dan yang sedang bercuti, selamat bercuti dan pelajar uia yang akan start sem baru ahad ni dan juga kepada pelajar baru yang daftar semalam, belajar rajin-rajin eh...jangan jadi macam aku! ^_^
Daripada Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, iaitu apabila ia mendapat kelapangan hidup, ia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran (yakni yang merupakan bencana) ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Said r.a. dan Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
“Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang atau pun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti – yakni sesuatu yang tidak bersesuaian kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu.” (Muttafaq ‘alaih)
Pautan: Ya Sobahah