Tuesday, October 20, 2009

Kuatkan semangat!

0 comments

ENTRY 091020

Salam, hari ni aku baru je habis test lab ec, ok la walaupun aku k.o circuit, sebenarnya senang je tapi aku blank sbb bila circuit aku tiba2 tak betul , aku tak dapat nilai yang sepatutnya aku dapat, aku terus cuak dan...apa lagi ilang sume yang aku wat masa lab practice tuh..aduh...nak wat cmne...tuh la confident sgt...kan Allah dah tarik balik nikmat...assistant lab tuh pon tak dapat nak tolong tengok aku dah blur sgt...aish...

Aku dapat tahu beberapa rakan terdekat arwah...(seorang pelajar yang baru je dijemput menemui Ilahi tak berapa lama dulu..)..mengalami masalah terlalu teringatkan arwah sampai hilang semangat utk belajar. Aku ni kenal arwah pun tak jadi sebenarnya aku ni langsung tak layak untuk memberikan nasihat atau sebagainya sebab ya, aku tak mengalaminya, orang kata bercakap senang tapi kalau diri sendiri yang mengalami baru rasa macam mana.

Tapi aku yakin arwah sebenarnya inginkan rakan-rakannya menyambung perjuangannya yang terhenti kerana terlebih dahulu dijemput menemui Allah. Ya, memang pahit untuk diterima, pahit lagi orang yang mengalaminya, tapi yang sudah pergi telah pergi selamanya dan takkan kembali lagi, kita yang masih hidup ni kena teruskan perjuangan. Teruskan perjuangan arwah, pegang apa yang diamanahkan. Jangan putus asa sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Banyakkan berdoa semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ya, susah untuk dilaksanakan, tapi cuba, sebab Allah sentiasa ada di sisi orang-orang yang berusaha, Allah takkan mengabaikan orang yang meminta pertolongan dariNya. Manusia sememangnya lemah, lagi2 dari sudut emosi dan perasaan sebab itu, senjata orang-orang mukmin adalah doa. Banyakkan berdoa kerana doa yang yang lahir dari hati yang ikhlas, insyallah.

Jika ada sebarang perkataan yang mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja, rakan-rakan arwah dan ahli keluarga arwah harap dimaafkan .Ya, siapalah aku untuk cakap benda-benda macam ni, tapi anggaplah ianya adalah sebagai nasihat dari saudara seislam..Aku harap rakan-rakan tersebut akan teruskan hasrat mereka untuk belajar, sebab aku dengar mereka dah tak bersemangat lagi, Bolehkan?

Renungkan lah bait-bait lagu ini:

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,

Memori indah kita bersama terus bersemadi,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,

Disaat kau masih diperlukan ,

Tuhan lebih menyayangi dirimu,

Ku pasrah di atas kehendak yang Esa.


Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia,

Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,

Walau ku tahu kau tiada di sisi.


Perjuangan kita masih jauh beribu batu,

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,

Bagai semalam kau bersama kami.


Moga amanlah dan bahagia dikau disana,

Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,

Moga disana kau bersama para solihin,

Kau sahabatku kau teman sejati.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,

Kau sahabatku kau teman sejati.

Hijjaz-Kau Sahabat Kau Teman.

Tuesday, October 6, 2009

Tautan Agung

0 comments

Halus direnung
Tautan hati pada yang Agung
Menanggung rindu pada yang Disanjung
Kasih yang menggunung

Muslimun Mukminun
Cinta yang Diingini
AlBaaqiy

Dibuka pintu hati pada Yang Esa
Menangis dalam munajat
Mensyukuri dipenuhi hajat

Chorus
Rindu rinduan melahirkan rasa cinta
Hingga menitis mengalirkan air mata
Kasih tak terpisah ianya kan bersama
Di dalam jiwa

LAGU: MUADZ, TAUTAN AGUNG


Saturday, October 3, 2009

Beringat-ingat selalu.

0 comments
ENTRY 091003

Semalam aku ada baca surat khabar kosmo tentang gempa bumi yang berlaku di Padang Sumatera Barat yang berskala 7.6 Ritcher. Sinopsis sisipan kosmo 2 Oktober 2009:

Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) melaporkan berlaku lapan gegaran suslan yang direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Ritcher.Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Ritcher yang turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53pagi semalam di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor....

Gempa yang berukuran 7.6 skala Ritcher itu melanda bandar Padang yang mempunyai jumlah penduduk seramai 900,000 orang menyebabkan beratus-ratus bangunan termasuk 500 rumah runtuh manakala talian elektrik dan telefon terputus.....

Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supari memberitahu jumlah korban dikhuatiri mencecah ribuan orang tetapi Kementerian Sosial memaklumkan angka korban rasmi setakat semalam ialah 770 orang dan hampir 2400 orang tercedera.

Demikian sedikit keratan akhbar kosmo tentang gempa bumi yang melanda, seterusnya sedikit tentang tsunami yang melanda Pulau Samoa .

Gempa bumi yang berukuran 8.3 skala Ritcher berlaku pada selasa lalu di Samoa menyebabkan tercetusnya tsunami yang melanda pulau-pulau di Lautan Pasifik. Link 1 Link 2.

Kebelakangan ni banyak betul kejadian yang berlaku, sama ada bencana alam, masalah sosial, ajaran sesat dan sebagainya....hurm....tanda-tanda? Sama-sama kita fikirkan....

Ini sedikit video tentang 'rasul melayu' yang hari ini aku baca telah mengaku insaf dan ingin bertaubat. Aku telah menonton video ini bersama rakan-rakan sekelas masa kelas FIM di CFS dulu, tak sangka masih ramai yang belum menonton, sebab bila ditanya pada rakan-rakan mereka di sini , mengatakan tidak pernah menonton. Jadi mari sama2 menonton untuk dijadikan iktibar.Link 1, Link 2.

Friday, October 2, 2009

Adil la...apa pulak xadil...

0 comments
ENTRY 091002

Salam,
2 hari yang lepas aku dapat mesej dari bekas rakan sebilik aku, kak syima, nak datang gombak tumpang bilik aku sebab nak hantar kawan dekat lapangan terbang . Aku tanya siapa, rupanya salah seorang member aku akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan, aku tak tahu bila diorang mohon tapi Insyallah diorang akan berangkat dalam masa terdekat ni. Alhamdulillah...semoga mereka selamat berangkat.

Nampaknya kompleks azman hashim yang dalam proses pembinaan dah hampir siap . Dengar khabar mesti disiapkan sebelum hari konvokesyen IIUM minggu depan. Ianya akan dijadikan tempat jual beli barangan seperti pakaian dan tempat makan. Hurm...entah la...kita tunggu dan lihat. Tapi siapa azman hashim? Aku kena siasat.

Tadi masa kelas UNGS 2030, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk buat presentation, terkejut. Sebab aku dah lama buat preparation dari sebelum puasa sampai lepas raya, dia tak panggil pun nama aku, ingatkan minggu ni dia xpanggil la, sekali dia panggil aku tak bersedia. Katanya dia akan tolak 1 markah, tapi entah la...setahu aku sebelum aku sepatutnya ada seorang pelajar lelaki yang patut buat presentation tapi aku yang kena...aku dah terangkan kat dia harap2 dia tak tolak la satu markah....satu markah tuh sangat berguna....penentu..gred.

Beberapa kertas ujian mid semester hari tu dah dapat dan keputusannya memang sudah dijangkakan. Belajar saat-saat akhir, jadi keputusan pun tak seberapa. Adil la. Takkan la belajar last minute leh dapat 99.9 kot, kalau genius tuh lain la...xyah study pon xpe.

Jadi kesimpulannya lain kali belajar la lok2, selalu la ulang kaji balik jgn jadi cam aku...teruk..